CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis terima 5 laporan berkait video seru orang ramai sertai Himpunan Selamatkan Malaysia

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menerima lima laporan berkaitan rakaman video yang menyeru orang ramai turun berkumpul dalam Himpunan Selamatkan Malaysia yang bakal berlangsung di Kompleks Sogo, di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video di Tik Tok jam 8.30 pagi, semalam, oleh seorang individu yang menyeru orang ramai turun berhimpun dalam perhimpunan itu.

"Setakat ini, sebanyak lima laporan polis kami terima berhubung rakaman video berkenaan.

"Susulan itu, kami membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Malah, kami juga sudah mengambil keterangan dua individu bagi membantu siasatan, manakala empat lagi individu akan diambil keterangan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan apa-apa

perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terbabit.

Semalam, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan memaklumkan proses pemakluman mengenai penganjuran sebarang perhimpunan perlu memaklumkan pihak polis dan mendapatkan kebenaran berkemungkinan mengambil masa antara empat hingga lima hari.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dirancang pada sambutan Hari Malaysia, 16 September ini tidak akan 'menggoncangkan' kerajaan.

Sebelum ini, melaporkan himpunan dijangka dihadiri 10,000 peserta itu mungkin berhadapan tindakan undang-undang berikutan penganjur dikatakan tidak membuat permohonan untuk berhimpun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mai-sertai-himpunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list