CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 0

[Melaka] Kakitangan farmasi maut kereta rempuh pokok akibat serangan jantung

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kereta dipandu mangsa yang remuk akibat merempuh pokok di Jalan Tehel-Bukit Katil, Melaka. FOTO Ihsan IPD Jasin.

Jasin: Kakitangan kontrak Farmasi Hospital Melaka (HM) maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok selepas mengalami serangan jantung di Jalan Tehel-Bukit Katil, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa, Rasli Othman, 75, dalam perjalanan dari Bukit Katil menghala ke Tehel, dekat sini, menaiki kereta Nissan Almera.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan selekoh kawasan kampung.

"Apabila sampai di lokasi mangsa dipercayai mengalami serangan jantung hingga gagal mengawal kereta lalu berpusing dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya dihubungi di sini.

Ahmad Jamil berkata, pihaknya difahamkan mangsa ada mengadu sakit dada minggu lalu, namun sakit itu sudah hilang.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-serangan-jantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044189 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list