CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15228|Reply: 1

[Tempatan] PENYERAHAN MEMORANDUN KEPADA PEGUAM NEGARA MALAYSIA, DATO AHMAD TERRIRUDDIN SALLEH

[Copy link]
Post time 12-9-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode



Sekumpulan ahli Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Dato' Sri Najib Razak hari ini menyerahkan memorandum kepada Peguam  Negara Malaysia, Dato' Ahmad Terriruddin Salleh memohon menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) Bagi mendapatkan keadilan untuk Datuk Sri Najib Tun Razak.

Mewakili kumpulan tersebut adalah Dato' Hamidah Osman yang menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Pejabat Pegaum Negara, Puan Hasmiza binti Hussin, Ketua Unit Komunikasi Strategik.

"Kami daripada Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Dato’ Sri Najib memohon YBhg Dato’ selaku Peguam Negara untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas perbicaraan kes SRC InternaIonal yang melibatkan Dato’ Sri Najib.

"Kami melihat, terdapat fakta-fakta yang menunjukkan bahawa tedapatnya kecacatan dalam proses perbicaraan kes SRC Dato’ Sri Najib sehingga beliau tidak mendapat keadilan sepertImana yang sepatutnya diberikan kepada beliau. Akibatnya, kami percaya bahawa tindakan memenjarakan Dato’ Sri Najib adalah sesuatu yang tidak adil dan penuh keraguan berdasarkan fakta-fakta berikut:

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS TOMMY THOMAS:

Kerajaan telah mengumumkan untuk menubuhkan RCI menyiasat isi kandungan dan beberapa perkara yang didedahkan dalam buku memoir mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Di dalam buku tersebut, Tommy Thomas sendiri telah menyatakan bahawa terdapat campurtangan politik daripada Tun Mahathir di dalam Badan Kehakiman Negara melalui pelantikan dan penyusunan Hakim-Hakim di Malaysia.

Hakim-hakim yang dilantik atas dasar campurtangan ini kemudiannya mengadili kes-kes pertuduhan poliIk yang akhirnya menyebabkan Dato’ Sri Najib terpenjara. Salahlaku dan kepincangan dalam urusan kehakiman ini turut disahkan dalam laporan siasatan oleh Pasukan Petugas Siasatan Khas pada tahun 2022.

KEBOCORAN MEMO PEJABAT PEGUAM NEGARA

Pada bulan Ogos 2023, terdapat sebuah memo daripada Pejabat Peguam Negara yang bocor mengenai salah satu kes pertuduhan kepada Dato’ Sri Najib dalam isu pembayaran dana RM6.6 billion kepada IPIC. Dalam memo yang tular tersebut, pasukan pendakwaan telah menulis kepada Peguam Negara pada ketika itu bahawa tidak langsung terdapat bukti atau kes untuk mendakwa Dato’ Sri Najib.

Tetapi Dato’ Sri Najib tetap juga dihadapkan ke mahkamah dan didakwa. Kami mempunyai syak bahawa bukan dalam kes ini sahaja, namun kes-kes lain yang melibatkan Dato’ Sri Najib juga terdapat arahan dan campurtangan yang sama untuk beliau didakwa waima apa jua keadaan sekalipun.

Jelas bagi kami, pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Sri Najib merupakan agenda dan perancangan politik oleh pihak-pihak tertentu untuk menganiayai beliau dan mengakhiri karier politik beliau.

KONFLIK KEPENTINGAN HAKIM DI PERINGKAT MAHKAMAH TINGGI

Kami percaya bahawa YA Hakim Dato’ Mohd Nazlan mempunyai “konflik yang berkepentingan” dan tidak sepatutnya menjadi Hakim yang mengendalikan kes SRC ini. Tindakan beliau menyembunyikan serta tidak menzahirkan konflik tersebut memberi gambaran bahawa beliau berniat jahat dan tidak berlaku adil terhadap Dato’ Sri Najib.

Melalui dokumen yang tular, hasil siasatan oleh pihak SPRM juga mendedahkan YA Hakim Dato’ Mohd Nazlan boleh didakwa di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan.

Kami juga percaya bahawa YA Dato’ Mohd Nazlan telah cuba tidak bercakap benar semasa rakaman percakapan pemeriksaan beliau dan hanya membetulkan fakta sebenarnya selepas beliau bersemuka dengan dokumen yang menunjukkan situasi yang sebenar. Ini menjadi kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Paling utama, terdapat pelanggaran yang jelas Peraturan 8 (1)(a) Kod EIka Hakim 2009 P.U (B) 201 yang menyatakan seperti berikut; “Seorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim.’’

TIDAK DIBERIKAN RUANG SECUKUPNYA UNTUK MEMBUAT RAYUAN

Hak Dato’ Sri Najib untuk mendapatkan keadilan semasa proses rayuan di Mahkamah Persekutuan juga telah dinafikan ketika permohonan peguam baru untuk memperoleh sedikit masa melakukan persiapan ditolak. Permohonan ini adalah logik dan tidak melampaui batas mengambilkira kerumitan kes dan puluhan ribu mukasurat dokumen yang perlu diteliti. Mahkamah Persekutuan dilihat terburu-buru untuk mempercepatkan proses mahkamah sejurus menafikan hak keadilan untuk Dato’ Sri Najib.

KESALAHAN DALAM TUDUHAN

Melalui dokumen-dokumen yang diperolehi serta kertas siasatan SPRM yang tular, kami percaya bahawa tuduhan Dato’ Sri Najib telah melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk meluluskan pinjaman KWAP bagi mendapatkan habuan adalah tidak benar sama sekali.

Siasatan SPRM telah membuktikan bahawa wang yang masuk ke akaun Dato’ Sri Najib tidak berasal daripada KWAP, tetapi berasal daripada wang pinjaman Maybank kepada sebuah syarikat berkaitan SRC. Selain itu, Hakim Nazlan juga mengetahui dan terlibat dalam proses pinjaman ini ketika berkhidmat di Maybank.

KETIADAAN SAKSI UTAMA

Kegagalan pihak pendakwaan mencari dan membawa saksi utama kes SRC juga merupakan satu asas yang kukuh bahawa kes ini tidak berjalan dengan sempurna.

Nik Faisal dan Jho Low, dua individu yang terlibat dalam urusan SRC dan melakukan perbuatan memindahkan wang ke dalam akaun Dato’ Sri Najib tidak dibawa ke mahkamah oleh pihak pendakwaan. Tidak berlaku proses soal jawab saksi yang sangat penIng bagi menentukan fakta dan apa yang telah berlaku diluar pengetahuan Dato’ Sri Najib.

PENUTUP

Segala isu yang ditimbulkan oleh pihak kami ini mempunyai asas yang sangat kukuh. Perkara yang sama juga dibangkitkan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid pada 9 September 2022 yang mengutarakan pemilihan Hakim yang mendengar rayuan kes Dato’ Sri Najib.

Terdapat persepsi bahawa Tengku Maimun yang memilih hakim-hakim untuk mendengar rayuan mungkin terhutang budi pada Tun Mahathir kerana menaikkannya daripada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang junior, kepada Ketua Hakim Negara. Sejurus, Tengku Maimun seolah-olah perlu berterima kasih dan meneruskan agenda Tun Mahathir untuk memenjarakan Dato’ Sri Najib.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan juga menyatakan bahawa terlalu banyak kontroversi dalam kes SRC Dato’ Sri Najib. Seperti ketiadaan Hakim Kanan dalam perbicaraan tersebut di peringkat awal, konflik kepentingan hakim dan mahkamah yang menafikan hak Dato’ Sri Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja United Kingdom.

Dari segi Agama Islam pun, ramai Agamawan memberi pendapat bahawa Dato’ Sri Najib perlu diberikan keadilan dan dibebaskan segera. Malah ada yg mengatakan “Tersalah melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik dari menghukum orang yang tidak bersalah.”

Berdasarkan perkara yang kami sebut di atas, kami percaya bahawa Dato’ Sri Najib telah dizalimi dan tindakan mendakwa serta menghukum beliau adalah satu pakatan jahat yang dirancang.

Jika kerajaan tidak melakukan sesuatu, Dato’ Sri Najib akan terus dianiayai. Setiap detik beliau dikurung di balik tirai besi tanpa melalui proses keadilan yang sempurna adalah satu bentuk kezaliman kepada beliau dan keluarganya.

Satu tindakan drastIk dan pantas harus diambil oleh kerajaan bagi memastikan Dato’ Sri Najib yang telah banyak berjasa diberikan ruang keadilan secukupnya dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini.

Kami amat berharap dan menaruh kepercayaan kepada Ybhg Dato’ selaku Peguam Negara yang baru dapat melaksanakan tugas dalam menegakkan keadilan dan memperbetulkan segala kesilapan lampau yang telah mencemar integriti Badan Kehakiman Negara."


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2023 09:09 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 13-9-2023 09:11 AM




Pemuda Umno lancar memorandum, gesa kaji semula kes Najib
B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Sep 12, 2023 6:24 PM

Dikemaskini: 6:24 PM

Pemuda Umno akan melancarkan satu memorandum untuk menggesa kajian semula berhubung pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini selepas dakwaan dokumen bocor yang dikenali sebagai 'memo dalaman' berkaitan pertuduhan terhadap Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Pemuda Umno ingin melancarkan satu memorandum untuk Najib Razak. Seperti sedia maklum tempoh hari Pemuda Umno seluruh negara telah melakukan laporan polis untuk menuntut kesahihan 'memo dalaman'.

"Sehingga kini masih lagi kami tidak mendapat apa-apa respon dari peguam negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.260247 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list