CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3147|Reply: 0

[Selangor] Sultan Selangor titah polis agar proaktif dalam isu 3R

[Copy link]
Post time 12-9-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya pihak polis mengambil tindakan yang proaktif dalam aspek siasatan dan tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Baginda yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bertitah, ini supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

“Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin.

“Di samping itu, Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia,” titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah Klang, hari ini.

Sultan Sharafuddin menjelaskan rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini.

Tegas baginda, ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia.

Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.

“Justeru, beta merayu kepada semua pemimpin politik khususnya pemimpin politik yang senior dan veteran supaya mengelak dari memecahbelahkan rakyat di negara ini. Sebaliknya mengambil pendekatan bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan yang erat dalam kalangan semua kaum yang berlainan agama demi menjamin kesejahteraan negara.

“Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya,” titahnya.

Mengulas lanjut, Sultan Sharafuddin bertitah, negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.

“Polarisasi yang melampau akan membawa kepada implikasi melahirkan unsur radikalisme dan ekstremisme di dalam masyarakat sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

“Generasi muda pewaris bangsa seharusnya ditanam dengan semangat untuk bertolak-ansur dan memahami budaya dan agama pelbagai kaum yang diamalkan di negara kita,” titahnya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... aktif-dalam-isu-3r/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056968 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list