CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3217|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kemas jelajah 5 negeri bawa Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 45 peserta Kemas Pulau Pinang yang menyertai program jelajah berkonvoi merentasi lima buah negeri bagi menyemarakkan semangat patriotik dilepaskan di Wisma Persekutuan, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN



BUTTERWORTH: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menganjurkan program jelajah berkonvoi merentasi lima buah negeri bagi menyemarakkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan komuniti kawasan luar bandar.

Pengarah Kemas Pulau Pinang, Kamarul Bahari Mohd. Salleh berkata, konvoi yang dianjurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) itu membabitkan perjalanan bukan lebuh raya di sekitar Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Gemilang, Putrajaya.

“Acara penutup konvoi ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri KKDW di Dataran Gemilang, Putrajaya.

“Kita jangkakan keseluruhan peserta konvoi di Putrajaya kelak akan ada sebanyak 200 buah motosikal yang akan bersama-sama dalam majlis penutup itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


SERAMAI 45 peserta Kemas Pulau Pinang yang menyertai program jelajah berkonvoi merentasi lima buah negeri bagi menyemarakkan semangat patriotik dilepaskan di Wisma Persekutuan, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. – Pic: IQBAL HAMDAN

Terdahulu, Kamarul Bahari turut menyempurnakan acara pelepasan peserta konvoi yang diwakili oleh 45 peserta dari Pulau Pinang di Wisma Persekutuan di sini.

Yang turur hadir, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie dan Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, Noriemie Ismail.

Kamarul Bahari menambah, kembara berkonsepkan konvoi berkenderaan yang membawa Jalur Gemilang menuju ke lokasi premis Kemas yang ditetapkan akan melalui laluan bukan lebuh raya yang lebih menjurus kepada lokasi luar bandar di beberapa buah kampung terpilih.

“Kita tak melalui lebuh raya sebab kita sedia maklum nama kementerian adalah KKDW, jadi akan melalui kawasan kampung dan berhenti di beberapa buah kampung terpilih untuk melaksanakan program bersama masyarakat kampung di situ.

“Antara pengisian program kembara ini termasuklah Demo Masakan (Kek Tema Hari Kebangsaan), Pertandingan Malaysia Negaraku! , Perarakan Kanak-Kanak dan Ibu Bapa, Jualan Rahmah dan banyak lagi,” katanya.

Tambah beliau, program Kembara Merdeka itu yang bermula hari ini sehingga 15 September ini juga adalah salah satu daripada aktiviti bertujuan menaikkan semangat cintakan negara khususnya dalam kalangan anak muda.

“Sepanjang program ini juga, kita akan memberi input mengenai negara, bagaimana kita merdeka dan sebagainya dan ia diharapkan dapat menaikkan jati diri mereka melalui program seumpama ini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... awa-jalur-gemilang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040507 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list