CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 0

[Selangor] Penganggur ditahan curi duit tabung masjid RM500 selepas solat subuh

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai mencuri wang derma berjumlah RM500 dari tabung masjid di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana di sini, Ampang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang di sebuah rumah sekitar Taman Angsana Hilir, Kuala Lumpur, semalam.

“Ahli jawatankuasa (AJK) masjid menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 6.49 pagi dan mendapati suspek berada di kaki lima.

“Suspek kemudiannya dirakam mengumpil tabung masjid selepas solat subuh lalu melarikan diri dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai 10 rekod membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

Jelasnya, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM101 serta pakaian dipercayai digunakan suspek terbabit semasa kejadian.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri dalam bangunan) yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... elepas-solat-subuh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.140369 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list