|
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang.
Pengerusi MARA itu menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meminta supaya hutang MARA dihapuskan.
"Permintaan itu tidak dapat dipenuhi, mohon maaf ya!.
"Untuk menstrukturkan semula hutang dan jadual bayar balik boleh, selebihnya bukan hak saya kerana duit MARA adalah duit rakyat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Sebelum ini, Asyraf Wajdi menasihatkan peminjam yang berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman supaya berbincang dengan agensi berkenaan.
Katanya, peminjam boleh berhubung dengan MARA untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sekiranya benar-benar berada dalam kesusahan.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-mara-asyraf-wajdi |
|