View: 1937|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Malaysia pasarkan nangka ke China
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/e484a6bd-9a60-403c-a573-cd043b0bb609_1694505317.jpg)
Nilai eksport nangka ke China dianggarkan RM10 juta setahun.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengeksport nangka segar, selain memperkasa pengeksportan produk buah bernilai tinggi ke pasaran China, minggu ini.
Mengumumkan perkembangan itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan kementerian itu, Khalid Ibrahim turut menyasarkan nilai eksport RM10 juta setahun melalui pemasaran nangka ke China.
Katanya, pengeksportan nangka ke pasaran republik itu dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ekspo China-ASEAN (Ekspo C-A) di Nanning, China, minggu ini.
Beliau berkata, kementerian berkenaan turut menyasarkan peningkatan nilai eksport sebanyak 20 peratus bagi produk buah tempatan ke pasaran antarabangsa, dalam tempoh lima tahun.
"Ketika ini, Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) sudah meluluskan tujuh pusat pemprosesan (nangka) di seluruh republik berkenaan untuk memastikan produk nangka mencapai spesifikasi ditetapkan bagi pasaran negara terbabit.
"Malaysia juga setakat ini sudah mengeksport (nangka) ke 10 negara, termasuk di Asia Barat dan ASEAN dengan pengeksport utama ketika ini Singapura.
"Saya yakin, kemasukan nangka ke pasaran China akan membuka lembaran baharu bagi sektor pertanian buah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama yang mengeksport nanas ke pasaran antarabangsa.
Katanya, Malaysia kini berada di tangga ke-23 negara pengeksport nanas, biarpun buah berkenaan memiliki permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Malaysia dulu antara negara utama pengeksport nanas. Namun, kini di tangga ke-23. Justeru, kita mesti usahakan balik untuk berada di kedudukan utama pengeksport nanas dan produk buah bernilai tinggi lain, terutama di Eropah, China dan Asia Barat.
"Kementerian ada pegawai ditugaskan untuk memasarkan hasil tani ke peringkat antarabangsa di beberapa negara dan berharap mereka akan lebih aktif untuk menjayakan usaha ini, selain turut mengharapkan kerjasama daripada agensi berkaitan," katanya.
Ditanya usaha dilakukan bagi memperkasa eksport nanas, Mohamad berkata, agensi kementerian terbabit memperkenal benih baharu yang membolehkan hasilnya dituai dalam tempoh setahun.
"Penanaman nanas juga tidak memerlukan tanah dengan keluasan besar bagi menghasilkan nilai yang banyak dan menerusi benih baharu, hasil nanas boleh dituai dalam tempoh setahun.
"Kita mahu memperhebat (pengeksportan nanas) kerana nilai eksportnya RM1 bilion dan boleh dipertingkat dari semasa ke semasa," katanya.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/0ce040c5-0535-45f7-a97c-4e3af850fc38_1694505325.jpg)
Eksport nangka segar ke pasaran China meningkatkan produk buah bernilai tinggi.
https://www.bharian.com.my/berit ... kan-nangka-ke-china |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|