CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 0

[Perak] Penduduk kampung mahu hantar memorandum kepada PM bantah projek

[Copy link]
Post time 12-9-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada penduduk sekitar Kuala Kangsar berhimpun hari ini bagi membantah projek ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

KUALA KANGSAR – Penduduk kampung sekitar Hutan Simpan Kledang Saiong mahu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri melalui pejabat Ahli Parlimen Tambun bagi membantah cadangan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan tersebut.

Usaha itu merupakan cubaan terbaharu mereka yang sebelum ini telah menghantar perkara sama kepada pejabat Sultan Perak dan Pejabat Menteri Besar Perak bagi menyatakan kebimbangan dan membantah projek tersebut yang didakwa melibatkan keluasan 4,280 hektar hutan simpan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Rambai Tujuh, Dailami Zahari berkata, usaha menghantar bantahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan dibuat secepat mungkin.

Beliau khuatir sekiranya projek itu diteruskan, didakwa boleh menyebabkan banjir kerana kawasan kampung berada hampir dengan kawasan projek selain sungai utama yang mengalir ke kawasan kampung berpunca daripada kawasan projek tersebut.

“Kita akan membuat persiapan untuk mengemukakan bantahan ini kepada Pejabat Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri kita. Tambahan kawasan ini tidak jauh dari kawasan Parlimen beliau.

“Ini mungkin jalan terbaik yang kami ada,” katanya kepada pemberita dekat sini hari ini selepas mengadakan sesi penerangan kepada hampir 80 penduduk kampung.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Cadangan menghantar bantahan kepada Perdana Menteri disuarakan dalam sesi penerangan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan respon pentadbir negeri. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-pm-bantah-projek/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.096848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list