CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2854|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Laluan bas di Lembah Klang diselaras - Loke

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Anthon Loke, meninjau Laluan Kontra RapidKL No 300 dan Isu Perkidmatan Bas,Maklum Balas kepada Kajian Separuh Penggal RMK-12 atas Sektor Pengangkutan terutama perkhidmatan Bas di Hentian Bas di LRt Masjid Jamek. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang supaya pengangkutan awam itu lebih berintegrasi pada masa depan.

Menteri Anthony Loke berkata, ketika ini terdapat tiga operator berlainan yang mengendalikan perkhidmatan bas di Lembah Klang iaitu Rapid Bus, bas percuma GoKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bas Smart Selangor oleh kerajaan Selangor.

"Kita perlu selaraskan supaya laluan-laluan (bas) itu lebih berintegrasi, tidak overlap (bertindih) antara satu sama lain. Kita berharap bahawa integrasi dan kerjasama ini dapat membantu menyediakan mutu perkhidmatan bas yang lebih lancar, efisien dan bilangan penumpang juga dapat ditambah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi lorong bas Rapid KL dan menaiki sendiri bas dari Pandan Indah ke Masjid Jamek di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin.

Loke berkata, buat masa ini, sebanyak 724 bas beroperasi di Lembah Klang setiap hari, iaitu satu jumlah yang kecil, berbanding keperluan hampir 4,000 bas bagi perkhidmatan yang efisien.

Bagaimanapun, beliau berkata, Rapid Bus akan terus berusaha menambah bilangan itu dan dianggarkan 1,000 bas akan dapat beroperasi setiap hari menjelang akhir tahun.

"Sekarang ada 150 bas Rapid KL yang masih diselenggarakan dan boleh kembali untuk perkhidmatan. Selain itu, kita juga sedang melantik operator bas baharu, umpamanya laluan yang tidak cukup bas kita akan outsource kepada operator lain," katanya.

Mengenai operasi lorong bas yang telah dimulakan sejak Julai lalu, Loke berkata, terdapat peningkatan jumlah penumpang sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 12,936 kepada 14,523 penumpang setiap hari dengan penjimatan masa perjalanan kira-kira 20 minit berbanding penggunaan kereta persendirian.

"Dari segi pengamatan saya, walaupun ada lorong bas, masih banyak kereta yang mengikuti lorong bas, mereka pada permulaannya terpaksa keluar dari lorong bas itu kerana ada anggota penguat kuasa di depan untuk masuk lorong kanan.

"Tetapi banyak kereta persendirian selepas melalui kira-kira 500 meter, mereka masuk kembali ke kiri (lorong bas) dan itu kadangkala menyusahkan bas kerana masih ada kereta. Perkara ini akan dibincangkan lagi pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet atasi kesesakan jalan raya pada bulan depan," katanya.

Pada 3 Julai lalu, DBKL dengan kerjasama Rapid Bus melaksanakan projek percubaan lorong bas iaitu Laluan 300 dari Pandan Indah hingga Lebuh Ampang dan Laluan 303 membabitkan laluan dari Taman Mulia Jaya hingga Lebuh Ampang.

Lorong bas yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 9 pagi itu memberi manfaat kepada komuniti di sekitar koridor Jalan Ampang yang ingin memasuki pusat bandar raya untuk bekerja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-diselaras-loke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.250875 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list