CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2591|Reply: 0

[Perlis] Simpan RM297,734.64 hasil seleweng dalam akaun bank ibu mentua

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Dua suspek yang juga kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis (berbaju oren) dibawa oleh pegawai SPRM Perlis ke Mahkamah Majistret Kangar. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Dua kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis direman tiga hari di Mahkamah Majistret Perlis bermula hari ini, bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan berjumlah RM297,734.64.

Kedua-duanya yang juga pelulus sistem iSPEKS dituduh meluluskan transaksi pembayaran berkenaan ke akaun bank milik ibu mentua dan rakan mereka pada 2018 serta 2019.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar.

Sumber berkata, penahanan kedua-dua individu berusia 44 tahun dan berasal dari Perlis itu dilakukan hasil aduan berkaitan kegiatan mereka.

"Seorang daripada individu itu bertugas sebagai Penolong Akauntan gred W32 manakala rakannya adalah Pegawai Penolong Teknologi Maklumat gred FA32.

"Wang yang dipercayai diseleweng itu sepatutnya dibayar kepada syarikat pembekal yang dilantik oleh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Perlis.

"Namun, ia sudah diseleweng menerusi 51 transaksi ke akaun milik ibu mentua individu pertama yang dilakukan secara dalaman bermula Mac 2018 sehingga Jun 2019," katanya dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perlis Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.

Terdahulu, kedua-dua individu terbabit ditangkap di pejabat SPRM Perlis di Kangar jam 4 dan 5 petang semalam, selepas dibawa dari pejabat mereka untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aun-bank-ibu-mentua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051096 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list