CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3353|Reply: 24

[Politik] Akhirnyaaaaa.. Najib dibebaskan.....

[Copy link]
Post time 12-9-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode



Pinda laporan 1MDB: Najib, Arul Kanda kekal bebas

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/pinda-laporan-1mdb-najib-arul-kanda-kekal-bebas/

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang.

Ia selepas Mahkamah Rayuan sebentar tadi membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas gagal memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Berdasarkan kronologi, terdapat tiga pengurusan kes (berhubung rayuan) dan perayu (pendakwaan) telah diingatkan agar memfailkan petisyen tetapi telah gagal untuk mematuhi perintah mahkamah.

“Apabila petisyen gagal difailkan difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tida permohonan untuk lanjutan masa, maka notis rayuan dianggap telah luput dan terbatal.

“Oleh itu, kedua-dua notis rayuan dibatalkan. Kita ikut undang-undang ya,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.


ARUL KANDA KANDASAMY
Pada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mahkamah pada tarikh tersebut turut memutuskan bahawa Arul Kanda layak mendapat sijil indemniti yang menghalangnya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Najib dan Arul Kanda didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Disember 2018. Pada 14 Mac 2019, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Presiden UMNO itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan. – UTUSAN


Single Polls, Total 18 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 10:52 AM | Show all posts
next, bila sesi pengampunan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2023 11:05 AM | Show all posts
dari awal memang tak patut jadi kes pon

setakat edit 4 ayat ni jer..

saje je nak bagi nampak banyak kes yang najib hadapi agar acik2 terpedaya




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2023 11:11 AM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA PEGUAM

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK

Pihak kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Malaysia secara rasminya telah membatalkan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers) (“AGC”) terhadap anakguam kami, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (“Dato’ Sri Najib”), berkaitan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang dimulakan sejak tahun 2018.

Bagi menyegarkan semula ingatan masyarakat Malaysia, rayuan yang dirujuk di atas merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2023 yang lalu yang mana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepas dan membebaskan anakguam kami tanpa perlu memanggil saksi pembelaan – dalam erti kata lain, tiada kes prima facie yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan.

LATAR BELAKANG KES

Pada 12 Disember 2018, Dato’ Sri Najib telah dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana telah kononnya menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan pindaan dibuat ke atas laporan Audit Kerajaan bagi syarikat 1MDB pada bulan Februari 2016 untuk kepentingan dirinya sendiri. Didakwa bersama-sama anakguam kami ialah Encik Arul Kanda, yang mana beliau telah diwakili oleh pasukan pembelaan yang berasingan.
Dalam perbicaraan tersebut, pasukan Pendakwaan telah diketuai oleh mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala pasukan Pembelaan Dato’ Sri Najib pula telah diketuai oleh Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai enam-belas (16) orang saksi pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Namun, sepanjang perbicaraan berlangsung, sedikit demi sedikit berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil sememangnya menunjukkan bahawa bukan sahaja pindaan yang dibuat ke atas laporan audit tersebut adalah pindaan yang tidak penting, remeh dan kecil, malah bekas Ketua Audit Negara pada ketika itu, Tan Sri Ambrin Buang telah menegaskan bahawa beliau telah bertindak serta menjalankan tugasnya tanpa menerima sebarang tekanan mahupun arahan daripada mana-mana pihak.

Secara ringkasnya, tiada sebarang salahlaku/penyalahgunaan kuasa dari pihak anakguam kami langsung dalam perkara ini.

Tambahan pula, pendedahan sewaktu perbicaraan menyatakan bahawa bekas Ketua Peguam Negara/Pendakwa Raya iaitu Tan Sri Tommy Thomas, telah secara pramatang mendakwa anakguam kami sebelum siasatan dimuktamadkan dan perkara ini telah secara dasarnya menjejaskan integriti pertuduhan yang dikenakan ke atas anakguam kami.

Jelas sekali Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya harus merenung kembali ke atas segala keputusan yang dibuat olehnya pada ketika beliau menyandang jawatan sebagai Peguam Negara kerana kini, beliau seharusnya bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan tersebut.

Mengambilkira bukti-bukti yang telah dikemukakan sewaktu perbicaraan dalam Mahkamah, khususnya berkenan dengan kenyataan berwibawa yang telah diberikan oleh Tan Sri Ambrin Buang, yang mana pentingnya untuk kami nyatakan di sini bahawa Hakim Perbicaraan sendiri juga telah menyifatkannya sebagai “principled and no-nonsense person” (seorang yang berprinsip dan boleh dipercayai), Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang dapat meyakinkan Mahkamah bahawa pertuduhan-pertuduhan ke atas kedua-dua Tertuduh adalah wajar dan berasas.

Oleh yang demikian, kedua-dua anakguam kami dan Encik Arul Kanda telah selayaknya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ke atas kedua-dua mereka.

PROSES MAHKAMAH RAYUAN:

Walaupun sememangnya ia merupakan sesuatu yang biasa bagi pihak AGC memfailkan rayuan ke atas sebarang keputusan pembebasan, namun pihak AGC juga mempunyai kebiasaan yang mana AGC akan menyemak semula merit bagi sesuatu rayuan sewaktu Rekod Rayuan disediakan oleh Mahkamah Tinggi. Menurut Seksyen 53 di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah 65 di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994, sekiranya terdapat alasan yang kukuh untuk merayu, pihak Perayu mempunyai masa sepuluh (10) hari dari tarikh Rekod Rayuan diterima dari pihak Mahkamah untuk memfailkan Petisyen Rayuan. Ketiadaan Petisyen Rayuan tersebut akan secara serta-merta menyebabkan rayuan tersebut dibatalkan serta ditolak oleh pihak Mahkamah.

Dalam kes ini, ia adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk meneruskan dengan rayuan tersebut, maka oleh sebab itu,  Petisyen Rayuan tidak difailkan. Ini telah kemudiannya menyebabkan pihak Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua rayuan Pendakwaan terhadap keputusan kes Dato’ Sri Najib dan Encik Arul Kanda.

Perkara ini sememangnya menunjukkan, khususnya apabila pihak Pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rayuan,  bahawa keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi tersebut sememangnya suatu keputusan yang teguh dan tidak boleh disangsi oleh mana-mana pihak. Ia mengukuhkan lagi bahawa kedua-dua anakguam kami dan Encik Arul Kanda sememangnya tidak bersalah dalam kes ini.

Memandangkan terdapat bukti-bukti kukuh yang telah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah, sememangnya sebarang pertuduhan tidak sepatutnya dikenakan ke atas anakguam kami sejak dari mula lagi. Keputusan untuk mendakwa anakguam kami tersebut telah menimbulkan pelbagai kesulitan dan kesukaran kepada anakguam kami selama tempoh 5 tahun ini – apatah lagi sekiranya rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya tersebut diteruskan.

Kami sesungguhnya berterima kasih kepada semua pihak yang sejak dari awal sehingga kini masih tidak berputus-asa untuk memperjuangkan kebenaran serta menegakkan keadilan. Kami seikhlas hati berharap agar keputusan ini akan membenarkan Dato’ Sri Najib dan Encik Arul Kanda meneruskan kehidupan mereka bebas daripada sebarang pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas.
[TAMAT]

https://web.facebook.com/najibra ... kD3DeRmhb5Az5XYvyrl
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 12-9-2023 11:11 AM
KENYATAAN MEDIA PEGUAM

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTU ...

So yg 12 tahun inprisonment skg ini tak payah mintak pengampunan ler kheunz? Pelan pelan je ler serve?

#tanyaje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2023 12:04 PM | Show all posts
evolutionary replied at 12-9-2023 10:52 AM
next, bila sesi pengampunan?

sama2 kita nantikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2023 12:05 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 12-9-2023 11:59 AM
So yg 12 tahun inprisonment skg ini tak payah mintak pengampunan ler kheunz? Pelan pelan je ler se ...

aritu celebrate birthday kat mane him?

tak ajak yerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 12-9-2023 01:04 PM

whattt?!!.. dah tu sia2 la i dok berguling terloncat2 berbaju kuning depan klcc dulu dgn cine2 urban bersih tu
anyway, kalu btul diberi pengampunan bebas, u org ingat zahid senang duduk dgn kmbalinye ex president najib ke tampuk kuasa. ade la taik yg dibuatnye nanti dgn anaknye c nughul tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 01:04 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 12-9-2023 01:00 PM
whattt?!!.. dah tu sia2 la i dok berguling terloncat2 berbaju kuning depan klcc dulu dgn cine2 urban ...

mmg sia2 bro siap lencun masa guling2 dek kencing sorang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila sistem kehakiman dilacurkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa sebenarnya yang mula lacurkan sistem kehakiman malaysia, si saka tua jenglot anak2 semua bilionair dah pegang byk telur2 sbb cash is king katanya....memang kau berkuasa sbb ko byk cash dan duduk sedap atas piramid dunia tapi jgn lupa, kat akhirat kelak, geng elit 1% di puncak piramid akan duduk paling bawah dan hina bila piramid tu diterbalikkan...inilah hakikat yg sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:14 PM | Show all posts
jadilah.... buat ghaso-ghaso
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.....semoga Najib dibebaskan sepenuhnya dan memimpin umno semula
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 03:25 PM | Show all posts
macam mana boleh terlantik Peguam Negara yg tak tahu buat keje....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke bebas ni...Aku tgk news dkt siakap keli press je...Yg lain mcm xde sgt pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:08 PM | Show all posts
tahun depan najib di bebaskan .. sayonara reformasi semburit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 12-9-2023 04:57 PM
kemaruk replied at 12-9-2023 12:05 PM
aritu celebrate birthday kat mane him?

tak ajak yerr


Sibuk ler ko....tred bagus bagus macam ini jgn ko pulak yg rosakkheun...tak memasal kena carut berbakul kang..dgn aku...

Kahkahkahkahkah

Anyway ni nak tanya...jibun knows kes nyer yg skg membuat dia meringkuk dlm sungai buluh...dah kira sealed ...tak boleh dibuka semula....meaning to say...the only way utk dia mendapatkheun prlepasan adaler utk mintak pengampunan....so in your own words, not more than 300 patah perkataan...do you think he will seek for pardon dari agong? If he had already done so..persoalan yg lebih besar adaler adakah bermakna he indeed mengaku kesalahan yg telah dilakukheun seperti mana yg dia telah didapati bersalah atas kes dia ini? 12 tahun penjara dan RM250 juta denda?



Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-9-2023 04:08 PM
tahun depan najib di bebaskan .. sayonara reformasi semburit

Komedi tersenyum mengekek....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 12-9-2023 03:25 PM
macam mana boleh terlantik Peguam Negara yg tak tahu buat keje....

Tengok ler siapa yg lantik?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 12-9-2023 02:59 PM
Alhamdulillah.....semoga Najib dibebaskan sepenuhnya dan memimpin umno semula

Dgn satu syarat...lepaskheun kakmah dari belenggu hidupnyer....ambik jenna jeng....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.445918 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list