CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3211|Reply: 21

[Politik] Agong titah bentuk kerajaan saja, bukan suruh UMNO masuk pilihan raya bersama PH - Isham

  [Copy link]
Post time 12-9-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, mendakwa beberapa ahli parti itu termasuk dirinya, mungkin dipecat keahlian dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, tindakan itu susulan kelantangan ahli dan pemimpin UMNO mengkritik keputusan kepemimpinan parti untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai pilihan raya.

Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Isham berkata, pemecatan itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli UMNO jangan mengundi PH pada pilihan raya.

"Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook," katanya.

Isham menjelaskan, akhbar berbahasa Cina menulis kononnya beliau berkata jangan undi PH, dan perkara itu tidak betul.

"Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada MKT melalui whatsapp beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul," katanya.

Isham berkata, walaupun berpandangan berbeza daripada segi dasar dan halatuju parti, beliau tidak pernah mengkritik sesama MKT secara terbuka.

Dalam isu setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Isham berkata beliau bersetuju mengenai perkara itu ketika menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO.

"Ya, saya setuju sebab itu titah Yang di-Pertuan Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH.

"Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini," tegasnya.

Isham menyangkal dakwaan yang menyatakan ada pihak menyokong di belakang beliau.

"Siapa ada di belakang saya? Mungkin akar umbi. Sahabat saya Datuk Seri Najib pun masih dipenjara. Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan UMNO beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia," katanya.

Sebelum ini Isham mendakwa beliau tidak mahu Ketua Penerangan UMNO kerana jawatan itu memerlukan beliau untuk mempromosi DAP.

"Saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.

"Dan pemimpin Pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi," katanya.

BH dimaklumkan mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung Rabu ini.

Semalam, Isham memberitahu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kelmarin menyaksikan BN kehilangan kira-kira 27,000 undi Melayu.

Selain itu, UMNO dan BN menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu bulan lalu dipercayai akibat penolakan orang Melayu dan akar umbi parti.

Sebahagian besar ahli dan penyokong UMNO dikatakan masih belum dapat menerima kerjasama politik yang dijalinkan antara parti itu dan PH terutamanya DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1151508/agong-titah-bentuk-kerajaan-saja-bukan-suruh-umno-masuk-pilihan-raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ini Isham mendakwa beliau tidak mahu Ketua Penerangan UMNO kerana jawatan itu memerlukan beliau untuk mempromosi DAP...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Haduiii,  mmglah titah YDPA utk gabung bentuk kerajaan saja.... Tp kerjasama masa election tu sbb nk bagi ada kesinambungan kestabilan..... Unless next GE UMNO masih bersama PH mmg banganglah....

For now BN kena stabilizekan kerajaan Bangnon,  xkan nk terus2an negara dlm ketidaktentuan politik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni dasar tak sedar diri!

Rakyat BENCI dengan UMNO!!
Korg klu bertanding sendiri tanpa PH, tetap jahanam lah lahanat!
Sbb tu perlu ada kerjasama dgn parti lain utk menang.

Ego tinggi2 nk pergi mana? Najib & Zahid dh JAHANAM kan UMNO! Bukan DAP! Bodoh… Syed Saddick pt 2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by snowflakes at 12-9-2023 04:29 AM

Tak setuju sudah... dia ingat pengundi ph nak sangat ke undi bn... semua orang ph faham kita kena kerjasama untuk kekalkan kerajaan sedia ada...
Lagi satu, takkan masa prn baru sedar melayu tolak umno... bukan dah lama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts

#FREENAJIB
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat biasa pun faham..skrg nih nak kena ada kestabilan kerajaan...
KO pulak bising sana sini..unless next month Ada Pru lainlah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 wakjahat nak kekal berkoserr.. yg dok sokong dia jahh noob lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak maslan lidah bercabang selamber je suruh undi dapig?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo rasa dah tk sesuai dgn umno, masuk je lah parti lain..
parti lain tu pun pusing2 muka yg sama je.. logo parti.je yg beza.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-9-2023 06:36 AM
Sah2 wakjahat nak kekal berkoserr.. yg dok sokong dia jahh noob lagi..

Aku je hok dlm umno tak setuju dgn jalan wak...tak sanggup der nak julang bendera roket....kalo wak terus kekal...dr 26..hagak2 tinggal berapa utk umno?tinggal berapa utk pkr?saper yg dominan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:34 AM | Show all posts
banyak komen kat atas ni pakatan sodomi xmalu dulu fitnah umngok corrupt rasuah last2 lepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:53 AM | Show all posts
pecat aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 12-9-2023 08:27 AM
Aku je hok dlm umno tak setuju dgn jalan wak...tak sanggup der nak julang bendera roket....kalo wa ...

Akar umbi nak sokong roket ka? Lain la bangkem, dulu cium roket, la ni cium roket..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:07 AM | Show all posts
Edited by plywood at 12-9-2023 09:08 AM

Kekacauan dalam umno adalah masalah yang berpunca dari umno sendiri. Kekacauan yang datang kerana semakin hilang sokongan politik dari rakyat marhaein.

Cuba selesaikan dahulu kenapa semakin hilang sokongan kepada parti sendiri dahulu bukan berfikir masalah ini berpunca dari luar spt adanya kerajaan gabungan, kerjasama pilihanraya, kesinambungan kerajaan gabungan etc.

Orang umno kena terima dahulu bahawa umno sekarang sama sejarahnya dengan nokia, begitu gagah dahulu tetapi akhirnya jatuh tersungkur. Bila ada dibawah, maka normallah melakukan sesuatu yang tak pernah disangka akan dibuat pada masa dahulu, mau tak mau kena bergerak kehadapan sebab itu jer pilihan yang ada. Memilih yang terbaik itu akan wujud percangggahn pendapat tetapi dlm organisasi yang akan putuskan akhirnya ialah ketua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
juboqhang replied at 12-9-2023 03:32 AM
Korang ni dasar tak sedar diri!

Rakyat BENCI dengan UMNO!!

Ke atok yg dlm.sejarah dah byk kali jahanamkan UMNO ?. Sampai UMNO musnah jadi parti haram.  Yang itu budak budak hingus memeleh mana nak tau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu suara tak mewakili semua suara umno. Mungkin isam ada kepentingan sendiri.
Jadi betullah agung yg suruh buat kerajaan perpaduan tapi ditolak oleh parti pas pejuang isle dan melayu. Dorang pilih perpecahan sesama melayu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ok jer..heols ada ker takde ke...x jadi strength utk bn pun... dia pun bukan ada kerusi parlimen...lompat jerlah ke parti bulan...untung2 jadi mcm mat jargon..boleh tido dlm parlimen sambil dapat elaun
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
GPS awal2 dah  declare  next prn sarawak nanti diorg nak tanding semua kerusi paham konsep kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 12-9-2023 06:29 AM
Rakyat biasa pun faham..skrg nih nak kena ada kestabilan kerajaan...
KO pulak bising sana sini..unle ...

Sia2 belajar sampai ke harvard tapi masalah pemahaman gitu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080664 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list