CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2319|Reply: 0

Akhyar lebih dapat pujian Jamal berbanding Faisal, Arif Aiman

[Copy link]
Post time 11-9-2023 05:18 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Akhyar ketika menentang Syria di Chengdu, China.

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail memuji prestasi cemerlang ditunjukkan pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid pada dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China.

Biarpun ramai peminat tertumpu kepada penjaring tunggal negara, Faisal Halim yang meledak satu gol ketika mengikat China 1-1 namun ia tidak menarik perhatian Jamal apabila memilih Akhyar sebagai pemain terbaik pada perlawanan itu.

Malah katanya, aksi serupa juga dipamerkan oleh adik kepada bekas pemain negara, Rafdi Rashid itu ketika mengikat Syria 2-2 di mana kemasukan Akhyar dilihat pencetus kepada kebangkitan dramatik skuad kendalian Kim Pan-gon yang bangkit mengejar di babak kedua.

Jelasnya, Akhyar membuktikan dirinya mampu beraksi di tahap tertinggi meskipun kurang mendapat minit permainan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia.

"Terus terang saya cakap, kita kena bagi kredit kepada Akhyar kerana bagi saya dia pemain paling menonjol dalam dua perlawanan di China.

"Malah bagi saya, dia lebih baik daripada Arif Aiman Hanapi yang selalu mendapat tempat dalam pasukan (JDT), tapi Arif Aiman hilang punca berbanding Akhyar yang jarang bermain tapi tunjukkan prestasi sangat bagus.

"Gol pertama dengan China itu sebenarnya berpunca daripada Akhyar yang bijak membawa bola ke dalam untuk memberi tekanan sebelum membuat hantaran kepada Faisal yang menjaringkan gol.

"Masa lawan Syria Akhyar juga menjaringkan gol. Sebaik dia dimasukkan, impak diberikan Akhyar cukup positif dan itulah yang kita perlukan apabila beraksi di peringkat antarabangsa.

"Bagi saya kita kena bercakap lebih mengenai Akhyar berbanding Faisal dan Arif di mana pujian memang untuk Akhyar," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam perkembangan sama, Jamal turut memuji Pan-gon yang disifatkan berjaya mengubah mentaliti pemain negara kepada mentaliti berkelas dunia.

"Beliau bagi saya berjaya mengubah banyak benda dalam permainan kita. Bukan setakat corak permainan tetapi lebih kepada mentaliti dan keyakinan yang diberikan kepada pemain.

"Saya harap kita perlu beri Pan-gon kebebasan untuk membentuk pasukannya dengan sepenuh sokongan. Saya harap momentum ini dapat dikekalkan hingga Piala Asia nanti," katanya.

Dua aksi persahabatan itu sebahagian daripada rangka persiapan Malaysia menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 November ini, selain pusingan akhir Piala Asia di Qatar Januari depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-faisal-arif-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.875336 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list