CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2340|Reply: 0

Thailand beri ujian sebenar buat Harimau Muda

[Copy link]
Post time 11-9-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Skuad B-23 negara ketika sesi latihan di Stadium Banbueng, Chonburi, menjelang pertemuan dengan Thailand, esok. - Foto FB FAM.

KUALA LUMPUR: Pertembungan antara Thailand berdepan Malaysia bagi aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Stadium Chonburi, malam esok menjanjikan aksi 'sebenar' buat kedua-dua pasukan.

Mana tidaknya, kedua-dua pasukan ketika ini merakam dua kemenangan berturut-turut dan belum lagi dibolosi dalam dua aksi terdahulu dengan hanya perbezaan jaringan memisahkan kedua-duanya bagi kedudukan juara dan naib juara kumpulan.

Berjaya menjadikan Bangladesh dan Filipina sebagai 'lubuk' tiga mata, Thailand dan Malaysia kini boleh dianggap bagaikan bertemu 'buku dengan ruas' kerana ini bukanlah perlawanan yang boleh dianggap mudah oleh kedua-dua pasukan.

Pemain negara, Ruventhiran mengakui skuad Harimau Muda perlu tampil dengan aksi yang jauh lebih baik berbanding dua perlawanan pertama jika mahu menumbangkan Thailand sekali gus mara secara automatik ke Piala Asia B-23, tahun depan.



"Kita memperagakan aksi yang konsisten dan tidak bolos dalam dua aksi pertama tetapi kita tahu ini tidak cukup. Kita perlu memberikan persembahan yang lebih baik untuk meraih kemenangan ke atas Thailand.

"Persiapan berjalan lancar dan ini aksi yang sangat penting dan kami mahu memenanginya. Sudah tentu ada tekanan tetapi saya harap semua penyokong dapat terus memberi sokongan kepada kami di sini.

"Keserasian juga amat baik dan saya harap kita dapat meneruskannya untuk perlawanan malam esok," katanya.

Sementara itu, penjaring terbanyak Kejuaraan B-23 AFF 2023, Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik jika diberi kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk mengemudi jentera serangan.

"Tekanan sebagai penyerang itu adalah satu perkara yang biasa jadi saya harap saya mampu membantu pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Saya lihat semua pemain berada dalam keadaan yang terbaik dan tiada yang mengalami kecederaan. Jadi kita akan memberikan 100 peratus untuk perlawanan penting ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-buat-harimau-muda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.379595 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list