CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2459|Reply: 0

[Kelantan] Selamatkan Malaysia: Jangan ‘heret’ rakyat ke jalanan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani.-UTUSAN


KOTA BHARU: Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari supaya tidak mengheret rakyat ke jalanan untuk berhimpun pada 16 September ini menerusi ‘Selamatkan Malaysia’.

Ketuanya Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebaliknya berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sepatutnya memberikan tumpuan membangunkan negeri ini.

Menurutnya, hal ini kerana rakyat sudah memberi mandat kepada Pas untuk mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Sebelum berkempen Selamatkan Malaysia, apa kata anda (Ahmad Fadhli) mulakan dengan majukan Kelantan terlebih dahulu bukan sibuk berterusan memikirkan bagaimana caranya nak ‘tebuk atap’ (kerajaan).

“Dalam keadaan dunia yang berdepan dengan krisis makanan, apa kata anda gembeling pemikiran bagaimana mahu jadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara dan menyumbang kepada sekuriti makanan, bukan hanya pandai melancarkan slogan ‘Bertani Satu Ibadah’ di atas pentas ceramah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azmawi memberitahu, sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dia sepatutnya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Katanya, perkara itu selari dengan mandat yang diberikan oleh pengundi untuk membawa suara mereka ke parlimen.

“Sudah-sudahlah berpolitik, sekarang adalah masa untuk bangunkan Kelantan yang tercinta, apa perlunya menghasut rakyat untuk turun ke jalanan lagi.

“Bila tiba pilihan raya, kita berpolitiklah sepuas hari,” ujarnya.

Utusan Online semalam melaporkan, Pemuda PN akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Fadhli berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara.

Beliau berkata, terdapat dua isu akan difokuskan oleh pihaknya iaitu pelepasan tanpa bebas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan 47 kes rasuah dan pengubahan wang harap serta isu badan kehakiman dan sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... -rakyat-ke-jalanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 1.053606 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list