|
RUVENTHIRAN (kanan) akui persembahan skuad B-23 belum cukup bagus. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Dua kemenangan awal dalam Kumpulan H harus dilupakan dengan aksi getir menentang Thailand di Stadium Chonburi, Bangkok malam esok adalah medan berbeza.
Jelas pemain skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, V Ruventhiran, kejayaan menundukkan Bangladesh dengan 2-0 dan membelasah Filipina 4-0 tidak sama, kerana skuad Gajah Perang dilihat lebih ampuh.
"Kami dah buat kerja yang baik untuk dua perlawanan terdahulu, tapi ia umpama persiapan kita untuk menghadapi perlawanan yang lebih sukar.
"Jadi kami anggap ia aksi penting ia umpama perlawanan derby. Kami mahu menang aksi ini (ke atas Thailand)," katanya.
Ketika ini, skuad kendalian E Elavarasan itu berkongsi enam mata dengan Thailand, namun pasukan tuan rumah itu menduduki tangga pertama kumpulan menerusi kelebihan jaringan.
Berdasarkan format kelayakan, hanya juara daripada 11 kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak terus ke Piala Asia.
"Ia bagus untuk aksi konsisten, tak ada bolos dalam dua aksi. Bagi saya kita masih belum cukup bagus ketika kita menang ke atas Bangladesh dan Filipina.
"Kita perlukan lebih lagi apabila turun menentang Thailand," kata pemain Selangor FC itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-awal-ruventhiran |
|