CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Beasley akan pastikan Azizulhasni tidak kecewa

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:50 PM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI perlu berada di tahap terbaik bagi mengharungi jadual padat di Hangzhou nanti. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley akan memastikan Datuk Azizulhasni Awang tidak berdepan kekecewaan lagi apabila bakal berdepan jadual padat pada temasya Sukan Asia di Hangzhou bermula 23 September ini.

Jelas Beasley, selaku tuan rumah, China pastinya mahu memastikan setiap atlet mereka mempunyai kelebihan dan perkara sama juga berlaku kepada acara berbasikal trek.

Justeru katanya, percaturan strategi serta aspek fizikal anak buahnya termasuk Azizulhasni perlu berada di tahap terbaik bagi mengharungi jadual padat di Hangzhou nanti.

"Kami akan berada dalam keadaan yang lebih baik (di Sukan Asia), kami tahu jadual itu tidak ideal seperti format Sukan Olimpik tetapi kami akan tetap mengharunginya.

"Jika kami berjaya mara ke suku akhir acara pecut, pelumba akan berentap sebanyak tiga pusingan, namun saya yakin pelumba kita akan habiskannya dalam dua pusingan sahaja, dan kemudian di peringkat separuh akhir perkara yang sama juga akan berlaku dan seterusnya peringkat akhir.

"Anda mungkin akan berhadapan kemungkinan minima enam perlumbaan ataupun jika lebih teruk, sembilan perlumbaan dalam tempoh sehari, jadi itu adalah jumlah yang banyak. Apa pun kami akan cuba menghadapinya satu persatu, dan memantau keadaan Azizul, setakat ini dia dalam keadaan yang terbaik.

"Yang jelas setiap negara penganjur akan berusaha mengatur jadual untuk keselesaan atlet mereka. China serta Jepun pula negara yang besar dan sudah tentu mereka ada pelumba yang mencukupi untuk setiap acara, iaitu dua untuk acara pecut dan dua lagi untuk acara keirin.

"Kita pula tidak mempunyai pilihan sebegitu kerana dua pelumba kita (Azizulhasni dan Shah Firdaus Sahrom) akan beraksi untuk kedua-dua acara pecut dan keirin," katanya.

Acara berbasikal trek akan mempertaruhkan sebanyak 12 pingat emas dan dilangsungkan selama tiga hari sahaja bermula pada 26 hingga 29 September di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou.

Pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland, bulan lalu yang juga penampilan terakhir Azizulhasni, pelumba mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu gagal meraih sebarang pingat dalam acara pecut dan keirin susulan jadual padat sehingga menyukarkannya melakukan proses pemulihan.

Azizulhasni meraih satu pingat emas menerusi acara pecut pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selain turut meraih pingat perak (pecut berpasukan) dan gangsa untuk acara keirin.

Selain Azizulhasni dan Shah Firdaus, skuad berbasikal negara turut dibarisi sembilan lagi pelumba iaitu Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Yusri Shaari, Abdul Azim Aliyas, Umar Hasbullah, Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan serta Yong Ann Yii.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lhasni-tidak-kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.266506 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list