View: 1383|Reply: 0
|
Akmal sokong kontrak Pan Gon dilanjutkan
[Copy link]
|
|
PAN Gon sebelum ini mengikat kontrak selama dua tahun dengan pilih lanjutan dua tahun lagi. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Perubahan besar yang di bawa Kim Pan-gon kepada skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih pasukan pada Februari 2022 perlu diberi perhatian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk menawarkan lanjutan kontrak kepada jurulatih dari Korea Selatan itu.
Layak secara merit ke Piala Asia di Qatar pada Januari depan serta memacu peningkatan ranking dengan hampir mengejutkan dua pasukan di kedudukan 100 terbaik dunia iaitu China dan Syria adalah bukti perubahan pasukan negara ketika ini.
Pan-gon, 54, sebelum ini mengikat kontrak selama dua tahun dengan pilih lanjutan dua tahun lagi, dengan dijangka kontraknya bakal berakhir pada Februari atau Mac tahun depan.
Namun dengan segala usaha yang di bawa oleh Pan-gon, sudah tiba masanya FAM melanjutkan lagi tempoh berkenaan dengan cuba meletakkan sasaran baharu bersaing merebut slot ke Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat nanti.
Malah, lapan slot yang diberikan kepada benua Asia itu harus diambil kesempatan bagi menetapkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung bakal mengubah dimensi, budaya dan mentaliti dalam ekosistem bola sepak di Malaysia untuk menghala ke Piala Dunia.
Perkara terbabit turut diakui bekas penyerang skuad Harimau Malaya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang melihat perubahan di bawa oleh Pan-gon sejak mengambil alih pasukan kebangsaan.
"Saya lihat Pan-gon seorang jurulatih asing yang berjaya memberi keyakinan dan kematangan kepada setiap pemain dan pasukan kita. Walaupun sebelum ini ada jurulatih asing, tapi Pan-gon berjaya menerapkan sesuatu dengan memberi keyakinan pada pemain.
"Bagi saya kalau Pan-gon ingin kekal, kita perlu memberi sokongan dan FAM boleh melihat ruang-ruang yang boleh ditingkatkan lagi agar kita dapat meneruskan kemajuan di peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi.
Ujar Akmal lagi, beliau memuji kebijaksanaan FAM di bawah kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin yang membawa masuk Pan-gon ke dalam sistem kejurulatihan negara hingga membawa perubahan yang cukup besar.
"Saya memuji langkah FAM yang memikat Pan-gon hingga adanya gelombang perubahan dalam skuad negara. Pan-gon bijak mengadun pemain mengikut falsafah yang beliau mahukan dan menambah keyakinan kepada pemain untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pan-gon-dilanjutkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|