|
Gara-gara berang disuruh keluar mencari kerja, seorang anak tergamak menetak bapa kandungnya.
Tribun Jtaim melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Badak Putih di Pelabuhanratu, Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia.
Tindakan suspek dipercayai kerana tersinggung dengan kata-kata bapanya.
Foto: Tribun Jatim
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang itu, pemuda berusia 28 tahun menikam bapa kandungnya berusia 65 tahun.
Memetik laporan TribunStyle, Ketua Polis Palabuhanratu, Kompol Mangapul Simangunsong berkata, pemuda itu menetak bapa kandungnya menggunakan parang.
“Kejadian berlaku apabila suspek dimarahi bapanya kerana hanya tinggal di rumah dan tidak bekerja,” katanya.
Susulan itu, suspek bergegas ke dapur untuk mengambil parang sebelum menetak bapanya.
Keadaan dalam rumah mangsa berlumuran dengan darah sehingga ke halaman.
Menurut Mangapul, mangsa mengalami kecederaan parah dan segera dibawa penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.
Sebaik menerima panggilan kecemasan, pihak polis segera bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
Kes masih dalam siasatan polis. -CARI
Sumber: mStar |
|