CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 0

Skuad berbasikal para pertaruh pelumba berpengalaman

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Yusof (depan) dan Muhammad Adi Amizazahan beraksi pada Kejohanan Lebuh Raya Para 2023 di Putrajaya semalam. GAMBAR - AMIR KHALID

PUTRAJAYA – Skuad berbasikal para negara menjadikan Kejohanan Lebuh Raya Para 2023 di Putrajaya yang berakhir semalam sebagai medan terbaik menguji prestasi sebelum ke Sukan Para Asia Hangzhou, China pada Oktober depan.

Pengerusi Biro Para Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abdul Halim Md. Yusoff berkata, pihaknya mempertaruhkan 13 pelumba termasuk empat jurumudi untuk menggalas cabaran negara di Hangzhou nanti.

Menurutnya, kesemua pelumba tersebut dipilih bersandarkan prestasi semasa mereka dalam beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini.


MUHAMMAD Yusof beraksi dalam kelas MC1 pada Kejohanan Lebuh Raya Para 2023 di Putrajaya semalam. GAMBAR – AMIR KHALID

“Kejohanan Lebuh Raya Para 2023 dapat dilangsungkan dengan jayanya termasuklah kehadiran beberapa pelumba luar negara dari Indonesia. Ia membolehkan pelumba-pelumba negara membuat persiapan menjelang Sukan Para Asia nanti.

“Kita diberikan kuota menghantar wakil dalam tujuh kategori lelaki dan lima untuk wanita di Sukan Para Asia nanti. Namun, kita hanya dapat hantar dua wakil dalam (kategori) wanita.

“Jumlah itu sudah dikira baik kerana barisan pelumba pada Sukan Para Asia nanti boleh dikatakan cukup berpengalaman dan pemenang pingat termasuk emas pada Sukan Para Asia Indonesia 2018,” katanya.



ATLET berbasikal para kebangsaan, Farina Shawati, Nur Suraiya, Nurul Suhada dan Azlia Syafinaz beraksi pada Kejohanan Lebuh Raya Para 2023 di Putrajaya semalam. GAMBAR – AMIR KHALID

Skuad berbasikal para mempertaruhkan pelumba lelaki seperti Mohamad Yusof Shaharuddin, Muhammad Adi Raimie Amizazahan, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Muhammad Hafiz Jamali, Mohd. Raffiq Isam, Mohd. Khairul Hazwan Wahab, Ahmad Ahlami Mohamad dan dua jurumudi, Muhammad Khairul Adha Rasol serta Muhammad Arfy Qhairant Amran.

Pelumba wanita pula diperkuatkan dengan penampilan pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia Indonesia 2018, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais dan jurumudi, Nurul Shuhada Zainal serta Nur Suraiya Muhamad Zamri dan jurumudi, Farina Shawati Mohd. Adnan.

Sebagai rekod, skuad berbasikal para negara berjaya menggondol lima pingat emas dengan tiga dimenangi gandingan Azlia Syafinaz-Suhada pada Sukan Para Asia Indonesia 2018. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... umba-berpengalaman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list