View: 2688|Reply: 0
|
Euro 2024: Yamal bantu Sepanyol menang besar
[Copy link]
|
|
Euro 2024: Yamal bantu Sepanyol menang besar
YAMAL memadamkan rekod Gavi sebagai pemain termuda beraksi bersama Sepanyol selain turut meledak gol menewaskan Georgia awal pagi semalam. - AFP
TBILISI – Pemain sensasi Barcelona, Lamine Yamal mencipta sejarah tersendiri apabila muncul bintang termuda yang membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol ketika aksi kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Georgia 7-1 awal pagi semalam.
Pada perlawanan di Stadium Dinamo Arena itu, skuad La Roja tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata berharga menerusi ledakan hatrik Alvaro Morata, Dani Olmo, Nico William, dengan Yamal turut mencetak nama selaku penjaring selain gol sendiri Solomon Kvirkvelia.
Yamal yang baru berusia 16 tahun dimasukkan pada babak kedua sekali gus menjadi pemain termuda dalam sejarah Sepanyol dengan memadamkan rekod yang dipegang oleh seorang lagi pemain Barcelona, Gavi.
Pemain di posisi sayap itu mengakui sukar untuk meluahkan perasaan kerana bukan sahaja dapat melakukan debut pertama, malah dapat menjaringkan gol untuk membantu pasukan melakar kemenangan.
“Ini adalah impian saya sejak kecil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. Sudah tentu penghargaan diberikan kepada barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan yang memberi kepercayaan untuk saya berikan yang terbaik di atas padang.
“Perjalanan baru sahaja bermula tetapi saya gembira dengan keputusan untuk mewakili Sepanyol,” katanya.
Sementara itu, pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente mengakui dapat menarik nafas lega dengan kemenangan yang diraih selepas terpalit dengan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).
“Akhirnya saya dapat fokus dengan pasukan dan apa yang berlaku dengan pasukan kerana apa yang berlaku dengan RFEF di luar kuasa saya,” katanya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... anyol-menang-besar/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|