CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9986|Reply: 0

Remaja Ditemukan Lemas Dalam Parit Baru Digali

[Copy link]
Post time 10-9-2023 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Batu Pahat: Kegembiraan lima sahabat mandi dalam parit di sebuah ladang sawit berdekatan Kampung Rahmat di sini, bertukar tragedi.


Dalam kejadian jam 6 petang itu, salah seorang daripada mereka ditemukan lemas.


Difahamkan, parit itu baru digali seminggu lalu untuk pengairan di ladang sawit terbabit.


Pasukan menyelamat membawa naik mayat remaja lemas dalam parit ladang sawit Kampung Rahmat. FOTO Alias Abd Rani





Sebelum kejadian mangsa berusia 17 tahun berasal dari Taman Banang Jaya, dekat sini dipercayai terjun terlebih dahulu bersama seorang lagi rakan sebelum lemas.


Penduduk kampung cuba membantu mencari dengan menggunakan jala namun gagal.


Jurucakap Balai Bomba Penggaram berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan penduduk kampung terbabit.


Operasi mencari dan menyelamat bemula dan mayat ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 7.21 malam.


Sebelum itu, anggota bomba terpaksa menaiki motosikal penduduk berikutan kesukaran membawa masuk jentera memandangkan laluan ke ladang itu hanya untuk kenderaan ringan.


Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 1.209633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list