View: 5394|Reply: 0
|
Penyokong China 'mengamuk', tuntut pulangkan duit tiket
[Copy link]
|
|
Pemain Harimau Malaya, Dion Cools diasak pemain China pada aksi persahabatan semalam.
KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 yang dilakar China ke atas Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, semalam jelas tidak dapat diterima penyokong pasukan tuan rumah.
Rata-rata penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu tidak berpuas hati selepas menyaksikan China yang menghuni ranking ke-80 dunia gagal merakam kemenangan ke atas skuad Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-136 dunia.
Menerusi perkongsian China Sports Vision 2050 di laman X/Twitter, penyokong meminta Persatuan Bolasepak China (CFA) supaya memulangkan duit tiket perlawanan susulan prestasi hambar skuad bimbingan Aleksandar Jankovic itu.
"Di Stadium Phoenix Hill, ketika DJ mengumumkan keputusan 1-1 bagi aksi persahabatan antara China dan Malaysia, penyokong mengejek dan menjerit 'pulangkan duit kami," lapor China Sport Vision 2050 menerusi satu klip pendek di laman sosial itu.
Pengguna akaun sama turut mendakwa bekas pemain mereka yang juga legenda bola sepak China, Zheng Zhi yang kini menjadi pembantu jurulatih berperang mulut bersama penyokong.
"Selepas aksi persahabatan yang berakhir dengan 1-1, bekas pemain China yang kini menjadi pembantu jurulatih, Zheng Zhi bertekak dengan penyokong tempatan.
"... dan dia juga merenung dengan perasaan marah ke arah tempat duduk penyokong."
Pada aksi berkenaan, Faisal Halim meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-11 sebelum Lin Liangming menyelamatkan maruah tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-36.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ulangkan-duit-tiket |
|
|
|
|
|
|
| |
|