CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5494|Reply: 0

[Pahang] LPT1 pula berlaku tanah mendap

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode


KEJADIAN rekahan jalan dipercayai akibat mendapan tanah di LPT 1 di Temerloh, Pahang.



TEMERLOH: Pengguna di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di sini dikejutkan dengan kejadian mendapan tanah sehingga berlaku rekahan jalan di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 arah barat menghala ke Kuala Lumpur.

Kejadian mendapan sepanjang kira-kira 400 meter tersebut menyaksikan banyak berlaku lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan.

Seorang pengguna Riduan Abdul Rahman, 37, berkata, dia yang kebetulan lalu di situ dari Temerloh terkejut dengan kejadian dan bimbang rekahan akan bertambah teruk.

“Memang saya takut lalu di situ kerana bimbang ia boleh menjadi lubang yang besar seperti mana kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) baru-baru ini yang dikatakan berlaku di atas terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dalam pembinaan.

“Saya harap ia akan dapat dibaiki segera dan kejadian tidak berlaku lagi yang boleh membahayakan pengguna jalan raya serta menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.


KESAN rekahan akibat mendapan tanah yang berlaku di kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 LPT1.

Sementara itu, menurut kenyataan LPT1, susulan kejadian pihaknya menutup lorong kiri dan kecemasan di kawasan terbabit.

Kata kenyataan itu, trafik berjalan lancar di sepanjang laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... rlaku-tanah-mendap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.115961 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list