View: 5187|Reply: 0
|
Ranking Harimau Malaya dijangka melonjak
[Copy link]
|
|
Langkah FAM merangka aksi persahabatan menentang pasukan di ranking lebih tinggi jelas satu tindakan yang tepat. - Foto FB FAM
KUALA LUMPUR: Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangka aksi persahabatan menentang pasukan di ranking lebih tinggi jelas satu tindakan yang tepat dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan skuad kebangsaan.
Jendela antarabangsa kali ini menyaksikan skuad Harimau Malaya berdepan pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu Syria dan China yang masing-masing menghuni kedudukan ke-94 dan ke-80 dunia.
Dua pasukan itu berada berpuluh-puluh anak tangga berbanding skuad kendalian Kim Pan Gon yang ketika ini sedang berada di kedudukan ke-136 dunia.
Meskipun seri 2-2 menentang Syria dan 1-1 berdepan China namun skuad bimbingan Kim Pan Gon tetap pulang dengan kejayaan meraih mata yang membantu meningkatkan lagi ranking negara.
Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menentang China semalam. - Foto FB FAM
Dua keputusan seri ini menyaksikan skuad negara menambah kira-kira tiga mata lagi untuk menghimpun mata keseluruhan sebanyak 1094.90 mata.
Pungutan mata ini dibantu selepas keputusan seri ke atas Syria membolehkan Malaysia mengutip 1.4 mata dan tambahan 1.93 mata selepas mengikat China, semalam.
Berdasarkan 1094.90 mata itu, Malaysia dijangka dapat menaiki satu lagi anak tangga sekiranya pasukan di tangga ke-135, Filipina terus keciciran mata dalam dua aksi persahabatan.
Mereka sebelum ini terikat 1-1 menentang Chinese Taipei dan bakal berdepan Afghanistan, Selasa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-dijangka-melonjak |
|
|
|
|
|
|
| |
|