View: 4816|Reply: 0
|
Saravanan mahu tiga mata berdepan Thailand
[Copy link]
|
|
AKSI Saravanan bersama skuad B-23 menentang Filipina. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Penjaring dua gol skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, T Saravanan mahu meneruskan prestasi sama apabila pasukan turun menentang Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi, Bangkok di Thailand, Selasa ini.
Saravanan membuktikan dirinya antara peledak utama pasukan apabila membantu skuad Harimau Muda negara membenam Filipina 4-0, dengan dia meledak dua gol pada setiap babak.
Jelas pemain Kuala Lumpur City FC itu, dia menyeru agar rakan sepasukan bersedia untuk aksi seterusnya yang bakal menjadi penentu di mana pemenang akan menjuarai kumpulan sekali gus layak automatik ke pusingan akhir di Qatar, pada April depan.
"Ia keputusan (menang ke atas Filipina) cukup baik dan pertama sekali tahniah kepada rakan-rakan kerana beraksi baik. Selepas ini kita akan menentang Thailand.
"Perlawanan seterusnya sudah pasti kita perlu menang, kutip tiga mata dan mara ke pusingan akhir," katanya selepas aksi dengan Filipina itu.
Selain Saravanan yang meledak dua gol (minit 6 dan 61), dua lagi gol disumbangkan oleh Mukhairi Ajmal (m-1) dan Harith Haiqal (m-23).
Ketika ini, skuad kendalian E Elavarasan itu berkongsi enam mata dengan Thailand, namun pasukan Gajah Perang itu menduduki tangga pertama menerusi kelebihan jaringan.
Berdasarkan format kelayakan, hanya juara daripada 11 kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak terus ke Piala Asia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-berdepan-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|