Isu rumah tangga seorang wanita yang retak akibat orang ketiga membabitkan anak pasangan selebriti mengundang perhatian banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.
Pelawak Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut tampil mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai isu berkenaan.
“2020 berlalu, kini 2023. Moga baik sahaja buat keluarganya.
"Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri tersingkap," tulisnya di IG Story.
Dua gambar tersebut menunjukkan keratan laporan berita yang mengutip kenyataan Abby Abadi berhubung isu Ali Puteh dengan kakak iparnya. Di mana, Abby mengatakan dia tetap menyebelahi balu kepada arwah Abam dalam isu tersebut.
Manakala gambar kedua laporan berita terkini berhubung kes yang membabitkan anak selebriti berkenaan, Marissa Dania Hakim, yang didakwa menyondol suami orang sehingga pasangan itu bercerai.
Sumber: Sinar Viral Network, IG Ali Puteh
|