CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3268|Reply: 2

[Politik] BN hilang 27,000 undi orang Melayu pada PRK Pulai, Simpang Jeram

[Copy link]
Post time 10-9-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode
BN hilang 27,000 undi orang Melayu pada PRK Pulai, Simpang Jeram



GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil yang mendakwa kehilangan undi itu mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi atau sudah mengundi Perikatan Nasional (PN).

Katanya, perkara itu dibuat berdasarkan kira-kira jumlah pengundi Melayu pada dua PRK itu.

"Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah Lebih 39,000 pengundi yang dulu ketika Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi.

"Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu, manakala 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India tidak keluar mengundi.

"Undi Melayu kepada PN meningkat sebanyak 9,000 daripada 20,000 semasa PRU-15 kepada 29,000 pada PRK ini.

"Undi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pula merosot 27,000 daripada 34,000 pada PRU-15 kepada 7,000 pada PRK ini.

"Daripada jumlah ini dianggarkan 18,000 tidak keluar mengundi dan 9,000 lagi menukar undi kepada PN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isham berkata, dengan kerjasama dengan BN, PH menambah 4,000 undi Melayu dalam PRK kali ini kepada 7,000 undi Melayu berbanding hanya 3,000 undi Melayu yang mereka dapat pada PRU15 yang lalu.

Katanya, perkiraan ringkas yang beliau buat itu hanyalah congak berdasarkan kiraan perincian yang ada.

"Jika ada kiraan yang lebih tepat, bolehlah sertakan di ruangan komen (dalam Facebook) dengan perincian anda.

"Saya harap dan mendoakan agar dengan keputusan ini semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dan membuat langkah-langkah pembaikan untuk kebaikan rakyat dan negara," katanya.

Sementara itu, penganalisa politik, Prof Wong Chin Huat berkata, peratusan keluar mengundi yang sangat rendah pada kadar 47.3 peratus adalah yang terendah dalam sejarah PRK di negara ini.

"Jumlah undi juga berkurangan sebanyak 39,250 undi, iaitu penurunan dari 118,066 undi kepada 78,816 undi, meskipun jumlah pengundi meningkat 1,340 orang," katanya.

Chin Huat penyelidik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) dan Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia berkata, majoriti yang diperoleh Suhaizan berkurangan sebanyak 16,717 undi berbanding 64,900 undi ketika PRU15.

"Jika jumlah undi PH-BN ketika PRU-15 digabungkan, terdapat penurunan sebanyak 48,343 undi. Mengapakah pengundi PH-BN tidak keluar mengundi?

"Jika sebahagian besar undi datang dari BN maka PH sendiri sudah kehilangan 16,717 undi di situ. Jika majoriti undi dari PH, maka pemindahan undi Umno tidak menjadi," katanya.

Beliau menjelaskan, PN memperoleh tambahan 8,945 undi berbanding PRU-15 yang menunjukkan berlaku pemindahan undi Umno kepada PN.

"Ini menunjukkan pemindahan undi Umno kepada PN lebih lemah seperti di Selangor dan Pulau Pinang. Ia kerana Umno lebih kukuh.

"Ini juga menunjukkan PN ditolak meskipun ramai yang terkejut dengan keputusan mahkamah dalam kes Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Gabungan Tan Sri Mahyuddin Yassin – Tan Sri Abdul Hadi Awang– Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya sudah kalah teruk. Mereka perlu menyahkan naratif kaum dan agama jika ingin memerintah Malaysia," katanya

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pulai-simpang-jeram

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
OK can can call for pru 16 snap election now....terutama jika ada desas desus yg menyebut bulan October kerajaan baru ambik alih yg sedia ada...

Korang ghaser?

Kahkahkahkahkab
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la madani nak bubar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.982388 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list