|
JEPUN meraikan gol keempat ke atas Jerman dalam aksi persahabatan di Wolfsburg Arena, Wolfsburg. - Foto REUTERS
Wolfsburg, Jerman: Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu akui anak buahnya perlu meningkat lagi permainan menjelang kempen Piala Asia di Qatar Januari depan.
Jelas Moriyasu, walaupun pasukannya berjaya mengejutkan bekas juara Piala Dunia, Jerman dengan 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.
Dalam aksi itu, skuad Samurai Biru itu meledak dua gol dalam setiap babak buat, di mana ia adalah kemenangan kedua selepas turut menewaskan Jerman dalam saingan Piala Dunia November lalu.
"Banyak pasukan dan banyak cabaran di tahap ini, dan kami perlu kekal konsisten. Tetapi kami perlu menambah baik permainan pasukan.
"Kami perlu lebih berdisiplin dan bergerak sebagai satu unit sama ada ketika bertahan mahupun menyerang. Kami perlu menyerang balas dengan lebih dinamik," katanya.
Jepun yang juga pemenang empat kali Piala Asia berada dalam momentum terbaik apabila mencatat tiga kemenangan dalam tiga perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iki-hajime-moriyasu |
|