CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3798|Reply: 0

[Perlis] Perlis perlu 1,000 lagi bilik penginapan tampung permintaan pengunjung

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. Shukri Ramli (lima dari kanan) bergambar bersama tetamu jemputan yang hadir sewaktu Majlis Pembukaan Country Road Homestay, Arau, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD


ARAU: Perlis memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 lagi bilik penginapan bagi menampung pemintaan pengunjung yang semakin tinggi bercuti ke negeri ini.

Buat masa ini, negeri ini mempunyai sekitar 1,600 bilik penginapan sebagai persediaan khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025 tidak lama lagi.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri sememangnya menyokong sebarang pembangunan inap desa oleh mana-mana pihak dalam memberi keyakinan buat pelancong luar untuk bercuti ke sini.

“Inovasi yang dilakukan dalam membangunkan inap desa ini membantu kerajaan negeri menyediakan penginapan mencukupi buat pelancong menjelang TMP2024/2025,” katanya selepas Majlis Pembukaan Country Road Homestay, di sini, semalam.

Kerajaan negeri mensasarkan kehadiran seramai 2.8 juta pengunjung ke negeri ini bersempena TMP2024/2025 yang bakal mengenengahkan produk-produk pelancongan di Perlis.

Antara tarikan dan kekuatan yang terdapat di Perlis berbanding negeri-negeri lain adalah meliputi sektor ekopelancongan dan agropelancongan.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri juga akan memberi kelonggaran kepada mana-mana pengusaha inap desa di Perlis yang berhasrat untuk menukar status syarat tanah mereka selepas ini.

“Kalau mereka nak tukar syarat tanah semua, kita boleh bagi kelonggaran masa sedikit untuk mereka kumpul dahulu modal dan sebagainya.

“Kerajaan negeri sedia untuk beri ruang dengan benarkan mereka jalankan dulu operasi sebelum menukar syarat tanah berkenaan,” katanya.

Di samping itu, Mohd. Shukri, pihaknya juga menyeru mana-mana pengusaha atau pemilik inap desa di negeri ini agar dapat tampil memberi laporan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) atau Bahagian Pelancongan negeri bagi membolehkan kerajaan negeri membantu dalam melakukan promosi.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak mengenakan apa-apa tekanan bagi menyukarkan operasi mana-mana pengusaha inap desa.

“Saya juga akan panggil semua pengusaha inap desa ini untuk diberi taklimat tentang persediaan kita bagi menyambut pelancong bersempena TMP2025/2025 ini,” katanya.

Sementara itu, Country Road Homestay yang terletak di Kampung Pokok Asam, Simpang Empat di sini menjadi salah satu lagi tarikan baharu di negeri ini.

Inap desa berkonsepkan penginapan di dalam kabin itu diusahakan Thow Hing Chuang, 53, di kawasan tanah bendang sekali gus menjadi salah satu tarikan khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

Lebih istimewa, pelancong dapat menikmati kecantikan matahari terbenam berlatar belakang sawah padi yang memukau di inap desa tersebut yang mula beroperasi sejak 1 Julai lalu.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... mintaan-pengunjung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.361810 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list