CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3676|Reply: 0

Medvedev sedia ‘sakiti’ Djokovic sekali lagi

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

MAMPUKAH Daniil Medvedev (kanan) menyekat kehebatan Novak Djokovic?




NEW YORK: Pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, Daniil Medvedev mengecewakan impian besar Novak Djokovic untuk memahat sejarah memenangi semua empat gelaran Grand Slam dalam satu musim apabila mengalahkannya di pentas akhir.

Begitupun sejak kekalahan yang menyakitkan itu, Djokovic sudah memenangi tiga kejuaraan Grand Slam untuk mengumpul 23 gelaran, sekali gus menjadi pemain lelaki terbaik pada era terbuka.

Hari ini, Djokovic akan turun di pentas akhir Terbuka AS buat kali ke-10, dan dia mengakui, perlawanan tersebut adalah penampilan terakhirnya dalam kejohanan itu.

Pada usia 36 tahun, bintang tenis Serbia itu melaungkan impian untuk memenangi satu lagi Grand Slam sebelum mengendurkan kariernya dan bersara dalam beberapa tahun akan datang.

Sekali lagi, Medvedev akan menjadi penghalang terbesar jaguh Serbia tersebut, malah bintang Russia itu juga menegaskan, dia tidak peduli dengan status lawannya.

“Saya tidak peduli dia No. 1 atau No. 2 dunia. Saya tidak peduli, kalau dia Novak Djokovic yang hebat itu, saya turun untuk memenangi perlawanan,” kata Medvedev.



Pada ketika peminat mengimpikan pertemuan Djokovic menentang pemain No. 1 dunia dan juara bertahan,Carlos Alcaraz di pentas akhir, Medvedev mengecewakan harapan mereka.

Pilihan tiga dari Russia itu berdepan kebangkitan yang cuba dilakukan Alcaraz sebelum menang 7-6, 6-1, 3-6, 6-3 pada separuh akhir.

Sejurus selepas kemenangan tersebut, Medvedev meletakkan jarinya di telinga sebagai isyarat kepada penonton bahawa dia telah mengecewakan mereka

Walaupun penonton di Stadium Arthur Ashe bersorak untuk Alcaraz, namun Medvedev berkata, peminat sangat ‘luar biasa’, namun mereka ‘boleh tidur sekarang.’

Djokovic pula meneruskan misi memburu kejuaraan Terbuka AS buat kali keempat selepas menewaskan pemain tuan rumah, Ben Shelton dalam aksi sengit 6-3, 6-2, 7-6 (7/4). – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... okovic-sekali-lagi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list