CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3752|Reply: 0

Gauff julang Grand Slam sulung di Terbuka AS

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff bersama trofi Terbuka AS. - Foto AFP

NEW YORK: Pemain remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff merangkul gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit menewaskan pemain Belarus, Aryna Sabalenka.

Gauff, 19, menampilkan persembahan memukau di gelanggang Stadium Arthur Ashe untuk kemenangan 2-6, 6-3, 6-2 dalam tempoh dua jam enam minit.

Pemain pilihan keenam dari Florida itu mara ke final sebagai 'underdog' berbanding pilihan kedua, Sabalenka yang akan menjadi pemain nombor satu dunia dalam ranking terbaru minggu depan.



Juara Terbuka Amerika Syarikat, Coco Gauff (kiri) dan pemain Belarus, Aryna Sabalenka. - Foto AFP

Kemenangan itu melengkapkan kebangkitan Gauff, yang kecewa selepas tersingkir di pusingan pertama Wimbledon pada Julai.

Dia kemudian menebus kekecewaannya dengan kemenangan di Washington dan Cincinnati, dan kini merakam kejayaan terbesar dalam kariernya, selepas kekalahan di Terbuka Perancis tahun lalu.

"Ia amat bermakna buat saya. Saya sedikit terkejut ketika ini. Kekalahan di Terbuka Perancis sangat mengecewakan. Ia menjadikan kemenangan ini lebih manis daripada yang mampu saya bayangkan," kata Gauff.

Gauff adalah pemain remaja ketiga AS memenangi Terbuka AS selepas Tracy Austin dan Serena Williams. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-sulung-di-terbuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.144693 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list