CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3451|Reply: 0

[Terengganu] Perairan Pulau Tenggol bakal diwarta sebagai taman negeri

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:00 AM | Show all posts |Read mode

Pulau Tenggol.

Dungun: Kerajaan Terengganu akan mewartakan kawasan di sekitar perairan Pulau Tenggol sebagai taman negeri bagi memelihara serta memulihara spesies batu karang dan hidupan marin di kawasan itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil berkata, kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol yang menjadi tumpuan penyelam skuba dari dalam dan luar negeri.

"Kita dah wartakan kawasan daratan Pulau Tenggol pada 2 Februari lalu tetapi saya fikir kita perlu buat kajian semula untuk mewartakan kawasan perairan bagi menjaga batu karang dan hidupan marin di sini.

"Ada 19 lokasi terumbu karang yang sangat cantik di Pulau Tenggol dan ia perlu dipelihara daripada sebarang aktiviti yang merosakkan kerana ada segelintir penyelam skuba yang datang tidak begitu beretika," katanya pada program Tenggol Beach and Underwater Clean Up di Pulau Tenggol, semalam.

Tengku Farok Hussin berkata, selain perairan Pulau Tenggol, kerajaan negeri juga sedang dalam proses mewartakan beberapa lokasi lain termasuk Pulau Rhu di Besut yang memiliki kepelbagaian flora serta fauna yang unik dan istimewa.

Beliau berkata, usaha itu sedang di peringkat libat urus dan dijangka dapat direalisasikan pada pertengahan tahun hadapan.

"Kita ada beberapa lokasi di pulau, Tasik Kenyir dan Setiu Wetland… yang di Pulau Rhu, kita akan wartakan kerana di situ terdapat kelawar daripada spesies yang terancam.

"Proses ini (pewartaan) kena buat satu-satu kerana membabitkan masa dan kos yang banyak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebagai-taman-negeri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071374 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list