CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13282|Reply: 1

Michelle Yeoh Bakal Dilantik Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

[Copy link]
Post time 9-9-2023 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, antara yang dicadangkan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas tersenarai dalam kalangan lapan ahli baharu, semalam.


Cadangan keahlian Yeoh yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All at Once itu akan dipertimbangkan pada mesyuarat bulan depan di Mumbai, India.






Presiden IOC, Thomas Bach berkata, kesemua calon akan membawa nilai tambah terhadap IOC kerana pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dalam bidang masing-masing.


"ersamaan mereka adalah kecintaan kepada sukan dan kepercayaan kuat terhadap nilai Olimpik dan maksud IOC.


"Visi IOC untuk membina dunia yang lebih baik melalui sukan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.


Selain Yeoh, tujuh lagi nama yang dicadangkan adalah pemenang pingat Olimpik pertama Israel, Yael Arad; ahli perniagaan dan Pentadbir Sukan Hungary, Balasz Furjes; pemenang pingat Olimpik dan ahli politik dari Peru, Cecilia Roxana Tait Villacorta dan usahawan sukan Jerman, Michael Mronz.


Turut dicadangkan, Ketua Persekutuan Pingpong Antarabangsa dari Sweden, Petra Soerling; Presiden Kesatuan Meluncur Antarabangsa dari Korea Selatan, Kim Jae-youl termasuk Presiden Jawatankuasa Olimpik Tunisia, Mehrez Boussayene.


IOC kini mempunyai 99 ahli jemputan, termasuk keluarga diraja, bekas atlet serta pemimpin politik dan industri.


Peranan utama ialah mengesahkan tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, daripada senarai negara yang dipilih terlebih dahulu oleh pentadbiran dan lembaga eksekutif IOC.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 10:54 PM | Show all posts
jawatan goyang kaki je ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 1.163586 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list