CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 0

Lelaki Ditahan Guna Peranti Kejutan Elektrik Terhadap Wanita

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Seoul: Seorang lelaki berusia 40-an di Korea Selatan ditahan polis kerana menggunakan electric shocker (sejenis alat kejutan elektrik) pada wanita berusia 50-an.


The Straits Times melaporkan, Balai Polis Yangsan di wilayah Gyeongsang Selatan pada Khamis, memohon waran tangkap terhadap suspek atas pertuduhan keganasan khas.






Mengikut undang-undang tempatan, keganasan khas boleh dihukum dengan penjara antara satu hingga 10 tahun.


Undang-undang itu boleh digunakan dalam kes seperti serangan menggunakan senjata yang boleh membawa maut.


Lelaki itu juga melanggar Akta Pengurusan Keselamatan Senjata, Pedang dan Bahan Letupan, yang mengawal selia pemilikan senjata awam, termasuk electric shocker.


Suspek menggunakan electric shocker terhadap mangsa di perhentian bas dekat Sangbuk-myeon, bandar Yangsan.


Suspek dan mangsa dilaporkan saling tidak mengenali.


Menurut siasatan polis, tertuduh membeli electric shocker itu dari kedai senjata api di bandar Ulsan, di tenggara negara itu, pada pertengahan Ogos.


Dia memberitahu polis bahawa dia membeli senjata untuk mempertahankan diri.


Ia selepas melihat pelbagai laporan media mengenai jenayah tikam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.078553 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list