View: 952|Reply: 0
|
Pan Gon ubah mentaliti pemain
[Copy link]
|
|
Pemain Harimau Malaya menjalani latihan menjelang aksi persahabatan menentang China malam ini.
KUALA LUMPUR: Mengubah minda pemain menjadi antara perubahan besar yang berjaya dilakukan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon sejak mengemudi Harimau Malaya awal tahun lalu.
Perubahan itu dianggap sebagai salah satu faktor utama mengapa Harimau Malaya mampu mempamerkan persembahan lebih meyakinkan berbanding sebelum era Pan Gon meskipun berdepan pasukan di ranking lebih tinggi.
Buktinya ketika berdepan pasukan di ranking ke-94 dunia, Syria, Rabu lalu, Harimau Malaya berjaya mengawal permainan dan bangkit mengikat kedudukan 2-2 walaupun ketinggalan dua gol pada babak pertama.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan pengendali dari Korea Selatan itu bijak menggunakan aspek psikologi untuk menetapkan mentaliti menang dalam minda semua pemain selain taktikal yang dirancang.
Menurutnya, psikologi menjadi antara perkara penting buat pemain bola sepak moden untuk mereka tampil dengan keyakinan dan disiplin tinggi di atas padang.
"Kita lihat satu 'mind set' berjaya diterapkan dalam diri pemain skuad negara ketika ini yang mana bukan bermain untuk kepentingan individu tetapi melihat kepada kerjasama berpasukan.
"Perkara itu penting kerana setiap orang akan tahu dekat mana peranan dia diletakkan. Kita ada satu yang menarik apabila Pan Gon ada banyak pilihan dalam setiap posisi dalam kesebelasan utama dan juga pemain simpanan setaraf dengan pemain utama.
"Program naturalisasi diguna pakai sebaiknya oleh Pan Gon dan beliau juga berjaya mendisiplinkan setiap pemain mengenai kepentingan mereka dalam pasukan.
"Kita boleh nampak pemain lebih bijak dan tidak membantah keputusan pengadil sesuka hati, maknanya Pan Gon menerapkan ciri-ciri disiplin dalam permainan. Jika dulu perkara itu dilihat kurang dalam pasukan.
"Pan Gon bijak menggunakan psikologi untuk meyakinkan pemain dan ia salah satu ciri-ciri kepimpinan dalam pasukan. Pemain juga menghormati dan akur setiap keputusan ketua jurulatih," katanya.
Apa yang dibawa Pan Gon dilihat berjaya memikat hati peminat bola sepak Malaysia berbanding sebelum ini mereka lebih banyak mengkritik susulan prestasi kurang baik dipamerkan Harimau Malaya.
Harimau Malaya tidak pernah tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini (tidak termasuk berdepan China, malam ini) dengan mereka meraih empat kemenangan ke atas Turkmenistan (1-0), Hong Kong (2-0), Kepulauan Solomon (4-1) dan Papua New Guinea (10-0) selain terikat 2-2 dengan Syria.
Sementara itu, jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah menganggap pemain Harimau Malaya menunjukkan sikap berbeza di bawah kendalian Pan Gon.
"Selepas ketinggalan, semua pemain bekerja keras dan menunjukkan semangat melawan. Bagi saya seri adalah keputusan yang bagus kerana apa yang penting kejayaan pasukan bangkit dari ketinggalan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ah-mentaliti-pemain |
|
|
|
|
|
|
| |
|