View: 13676|Reply: 85
|
“Apa Pakcik Merapu Ni?” - Nama Kena Petik, Kekasih Anak ND Lala Pula Tampil Jawab Tuduhan
[Copy link]
|
|
Susulan pendedahan Datuk ND Lala mengenai penyerahkan kereta yang dilakukan oleh anaknya iaitu Amir Syafiq, seorang wanita dipercayai kekasih kepada Amir tampil menjawab beberapa tuduhan dilemparkan penyanyi itu.
Berang namanya dipetik dalam video berkenaan, wanita dikenali sebagai Eiza Idanie mendakwa kenyataan ND Lala itu satu penipuan dan mengarut.
Menerusi ruangan komen pada video berkenaan, Eiza Idanie mendedahkan hal sebenar membabitkan keluarga teman lelakinya itu.
Eiza yang turut berada di lokasi kejadian memberitahu keluarga teman lelakinya sudah puas memujuk penyanyi itu untuk pulang menyelesaikan masalah mereka.
"akcik dah petik nama saya ini. Baik tarik balik apa pakcik merapu ini. Sanggup pakcik menipu kata kami mencuri?
"Jangan pakcik nanti lagi terbuka pelung pakcik. Orang narsistik memang macam ini. Saya tak bolehlah bila tengok suami membelakangi isteri.
"Nak merajuk keluar dari rumah konon nak bini sedar, tapi rupa-rupanya keluar tidur rumah bini baru. Penat kita orang pujuk baliklah rumah berbincang," katanya.
Sebelum ini, menerusi Instagram ND Lala tampil menerusi tiga hantaran video menjelaskan mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.
Dalam salah satu video itu, ND Lala menyebut anak lelakinya bersama teman wanita telah mengambil kereta milik isteri baharunya yang berada di Kedah.
Mengulas mengenai perkara itu, Eiza berkata rakaman video yang dilakukan olehnya pada malam kejadian itu atas kebenaran penyanyi berkenaan.
Menurutnya, ketika itu keluarga teman lelakinya masih tidak dapat memastikan status hubungan ND Lala bersama isteri baharunya iaitu Siti Munirah Abdul Ghani.
"Jadi pakcik boleh rakam video... kami tak boleh? Sedangkan masa itu pakcik sendiri cakap dekat kami... uncle rekod video, Eiza pun boleh rekod video. Jadi saya rakam video, baru adil!
"Masa itu Syafiq ikut cakap pakcik sebab dia masih ada hormat pakcik sebagai bapanya dan masa itu kami belum dapat sahkan pakcik dah berkahwin sorok dengan Mun (nama panggilan Munirah).
"Walaupun masa itu baju-baju pakcik dan Mun bercampur seluar dalam dan bra dekat beg baju di dalam kereta. Lagi pun masa serahkan kereta Mun panggil pakcik bos kan.
"akcik lebih baik diam... tak habis lagi nak tulis point satu point dua sampai malas orang nak dengar. Semua pakcik saja yang betul. Orang lain semua salah. Pakcik betul-betul narsistik," tulisnya.
Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.
Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain gepren anak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi2...
Sakan semua..
Spill lagi..spill..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni tunggu acik Fauziah, Xila dll bagi statement balas video pakcik ND..
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tua ni sebut nama gelpren ank. Pdn muka. Ko ingt org nk diam je.
Diam la org tua. Da buat salah tu senyap.
Ni mesti bini baru merentan2 suruh bekap kan. Tak bekap jgn harap mlm2 aku nk layan.
Gitewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Meriah pok cik
Gf anak pung dah mencaput |
|
|
|
|
|
|
|
Gf anak mencapub, apak bf gi sebutnama dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahha rasain lor.
Mujur dik ko nak kahwin nanti tak perlukan ND tuk jd wali |
|
|
|
|
|
|
|
Haha iols sokong akak ni walaupon awat mekap serupa ponde?
Mmg melampau smpai pi report polis pdhal ank sdri.
Panas ye mkn duit harom ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik nak lepas tengkuk sendiri, kesian anak kena kuda2. Serah kereta pun kena buat surat siap kena ikut cakap apa nak tulis siap kena signed. Kurma is real pakcik jgn lepas ni jatuh sakit nak minta maaf kat anak ko dah tak boleh. Masa tu nak menyesal pun tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak kome le bergaduh yg si atok lalat ni mmg dah ddk betul telunjuk penyondol ke smpi benda ni pn siap report polis...padahal boleh settle tepi
kau benci anak kau pun nak tak nak tu anak kau kot |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik dah cerai pon kan..... dah jatuh talak pon kan kat bini tua.... apa lagi pakcik nak nyalak tak abis2 nih..... pakcik pi ulit bini muda jer lar....
now paham lar kita kenapa anak pakcik yg sulung pon taknak amik tau hal pakcik.... |
|
|
|
|
|
|
|
suka ati je petik nama kan. mendapat la |
|
|
|
|
|
|
|
better diam je pakcik... ke bini baru suruh buat statement ala2 pengumuman raya? |
|
|
|
|
|
|
|
silap banyak la pakcik sebut nama orang..takkan dah kena petik, orang tu nak diam je |
|
|
|
|
|
|
|
You go girl! Kasih tumpah ja suma tea pacit scammer nih! |
|
|
|
|
|
|
|
X salahkan pompuan ni meroyan
Dh nama kene petik
Kalo iolsnpun meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Eh lebih2 pulak.
Blm ada kaitan pun.. Setakat gf lebih2 pulak sudu dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2, pilih lagi bercakaran & menyusahkan hidup. Kan elok stay dgn 1 family, aman2 terima menantu, terima cucu. Menambah masalah hidup buat apa la pokcik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|