CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1743|Reply: 0

Arab Saudi larang Mancini jumpa media

[Copy link]
Post time 9-9-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi larang Mancini jumpa media


Pengendali Arab Saudi, Roberto Mancini dilarang berjumpa media selepas aksi persahabatan menentang Costa Rica di St James’ Park, Newcastle. - Foto REUTERS

Next

NEWCASTLE: Menteri Sukan Arab Saudi melarang pengendali skuad kebangsaan negara itu, Roberto Mancini daripada menghadiri sidang media selepas kekalahan 3-1 kepada Costa Rica dalam aksi persahabatan di St James' Park.

Ia adalah perlawanan pertama Mancini bersama pasukan Timur Tengah itu. Larangan berkenaan dikatakan datang daripada kerajaan Arab Saudi sendiri.

Aksi persahabatan berkenaan diadakan di laman kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan dihadiri lebih 5,000 penyokong.

Sebelum perlawanan, sekumpulan penunjuk perasaan membuat bantahan terhadap penggunaan stadium bersejarah itu oleh pasukan Arab Saudi.


Mereka turut memegang gambar beberapa orang pemuda Arab yang dikatakan bakal dihukum mati oleh kerajaan Arab Saudi.

Bekas pengendali Itali, Mancini dilantik memegang jawatan itu bulan lalu untuk kontrak sehingga tahun 2027.

Sepanjang lima tahun membimbing Itali, Mancini berjaya memenangi Euro 2020 tetapi gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

Herve Renard meletak jawatan sebagai pengendali Arab Saudi pada Mac tahun ini.

Negara Timur Tengah itu dalam misi memenangi Piala Asia buat kali keempat tahun depan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... mancini-jumpa-media
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.197086 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list