View: 2655|Reply: 1
|
Percutian Keluarga Bertukar Tragedi, Budak 10 Tahun Kritikal Kena Renjatan Elektrik Di Hotel
[Copy link]
|
|
Lancashire, England: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun nyaris maut selepas mengalami renjatan elektrik di sebuah hotel di Blackpool, Lancashire, England.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri pada pukul 10.40 malam Ahad dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Mangsa kritikal selepas terkena renjatan elektrik di sebuah hotel. -Gambar Lancs Live
Kejadian berlaku ketika mangsa dan keluarganya sedang bercuti di hotel berkenaan.
Dalam pada itu, jurucakap hotel berkenaan memberitahu pihaknya telah memberi kerjasama kepada polis untuk siasatan kes berkenaan.
"Kami amat sedih dengan insiden baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak yang terkena renjatan elektrik dalam kawasan lounge kami.
"Ingatan dan doa kami ditujukan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka dalam fasa yang menyedihkan ini.
"Kami memberi jaminan bahawa kesihatan dan keselamatan tetamu menjadi keutamaan nombor satu kami," ujar jurucakap itu sambil menambah hotel berkenaan kini ditutup buat sementara waktu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Saman le..mcmna bole kena renjatan elektrik pula |
|
|
|
|
|
|
| |
|