CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2343|Reply: 0

"Ubai Dan Sha Tak Nak Stress Bab Anak, Kita Berdua Kena Live Happily, Sihat Mental, Fizikal, Dan Kewangan"

[Copy link]
Post time 8-9-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah menerima pertanyaan daripada seorang pengikut yang ingin mengetahui cara atau ikhtiar yang akan dilakukan sekiranya penyanyi itu dalam perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.


"Nak tanya kalau Sha (Shila) rancang nak ada baby perlu ke berurut peranakkan dan strict in diet? Doakan saya dapat baby."


Foto: IG




Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Shila memberitahu dia akan berurut sebagai salah satu ikhtiar namun enggan menjadikan soal zuriat sebagai tekanan dalam kehidupannya bersama Ubai.


"Urut semua tu kan ikhtiar, Insya-Allah ada rezeki, ada lah. Ubai dan Sha tak nak stress kan diri bab anak ni.


"Kita berdua kena live happily, sihat mental, fizikal, dan kewangan. Semoga awak cepat dapat baby"


  



Pada 4 Ogos lalu, Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.


Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.


  



  



Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056143 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list