|
|
Aksi MK K-Clique yang mengisap puting bayi berwarna merah jambu sambil bergurau dengan isterinya iaitu Siti Hajar mengundang perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, MK dilihat menyuruh isterinya menarik puting berkenaan daripada mulut ketika sedang asyik menghisap sambil berbaring di atas katil.
 Foto: IG
Sebaik sahaja Siti Hajar menarik puting itu, MK seakan-akan anak kecil menangis sebelum kembali senyap selepas alat itu disumbatkan kembali ke mulutnya.
Malah MK dilihat melelapkan mata tidak lama selepas itu.
"Selamat pagi dari anak saya yang super cute!" tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata seakan terkejut melihat aksi manja MK bersama isteri yang jarang-jarang dipaparkan kepada peminat.
Namun ada juga berpendapat video itu seakan-akan petunjuk untuk memberitahu mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
"Macam bagi petunjuk saja. Tak lama dah nak ada baby ni.
"Allahu terkejut tengok bayi bermisai... Sejak kahwin ni MK makin kelakar ya.
"Makin menjadi-jadi ya MK ni. Makin manja makin rosak. Habis hilang macho dia," antara komen netizen.
Untuk rekod, anggota kumpulan K-Clique itu berkahwin dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu. -CARI
Sumber: mStar
|
|