CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2574|Reply: 0

[Terengganu] 20 penyelam skuba bakal sertai PADI Awace ‘Dive Against Debris’

[Copy link]
Post time 7-9-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN peserta yang melakukan persediaan awal untuk menyertai misi menyelam pada program PADI ‘Dive Against Debris' di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu.



BESUT:  Seramai 20 penyelam skuba sedang bersiap sedia untuk menjalankan misi menyelam pada program PADI Awace ‘Dive Against Debris’ di Pulau Perhentian Kecil dekat sini, Sabtu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia (Salam) dan Black Eye Scuba Team (BEST) di bawah Sea Daddy Diver Services.

Penasihat program, Datuk  Zuraidah Atan berkata, penyelam skuba profesional itu akan bertindak membersihkan sampah sarap di dalam laut dan persekitaran pantai.

Menurutnya, kumpulan penyelam akan mengutip sampah yang boleh menjejaskan ekosistem bagi memelihara hidupan laut.

“Ketika penyelam skuba BEST bertungkus lumus di dasar laut, kira-kira 100 sukarelawan Salam dibantu oleh penduduk kampung pula akan menjalankan kerja sukarelawan membersih Pantai Pasir Panjang di pusat peranginan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu,  sampah yang dikumpul itu akan dikumpul, diasing, diukur, ditimbang serta direkod mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI) Aware Foundation.

‘Aktiviti tersebut selaras dengan matlamat pembangunan mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs).

“Statistik berkenaan akan diserahkan kepada PADI Global Database dan jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Perikanan Malaysia untuk tujuan penyelidikan demi mencapai  UN SDGs dan statistik dalaman,” ujarnya.

Zuraidah berkata, program yang mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan dan agensi Pusat dan negeri itu bertujuan memupuk semangat menjaga alam sekitar, khasnya pemuliharaan lautan dan kebersihan pantai selaras dengan slogan ‘Menjaga Pantai dan Laut Bersih, Budaya Mulia, Amalan Kita’.

Tambahnya, penyelam BEST dan sukarelawan  Salam akan memberi ceramah bertajuk ‘Memelihara dan melestari penggunaan laut dan hidupan marin’ kepada 130 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian dan penduduk kampung.

“Taklimat ini diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar,” ujarnya.

Selain itu, katanya, penyelam BEST juga akan memberi pencerahan aktiviti cara menyelam mengikuti SOP pematuhan antarabangsa kepada anak-anak muda berminat, mungkin ia boleh menjadi satu kerjaya baharu kepada mereka nanti. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ive-against-debris/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.070111 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list