CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11813|Reply: 20

Cerita Seram di Tengah Malam - Versi Asia (Korea Selatan) update 14# (19/10/23)

[Copy link]
Post time 7-9-2023 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mamagarik at 19-10-2023 09:53 AM

Apa khabar semua? Dah lama tak menjengah kat bod ni. Macam dah bersawang lah pulak. Tak banyak pun cerita baru atau yang bersambung. MamaG pun tak pasti nak mulakan thread baru ni atau tidak. Tapi, macam sayang pulak kalau tak berkongsi. Tak kiralah ada yang nak membaca atau tidak, atau yang nak percaya atau tidak, kita jadikan cerita-cerita yang MamaG akan kongsikan ni sebagai hiburan ya.

Baru-baru ni, MamaG terjebak dengan satu program variety Korea Selatan yang bertajuk "Late Night Ghost Stories/Midnight Horror Story". Format dia seperti "talk show/podcast" dimana cerita-cerita hantu yang dikongsi oleh penonton akan dibaca oleh personaliti TV popular Korea Selatan. Setiap minggu, seorang tetamu jemputan akan hadir membaca kisah yang dikongsi juga. Yang menariknya, untuk menggalakkan penyertaan, kisah yang paling menarik/menakutkan pada minggu itu boleh memenangi hadiah wang tunai sebanyak $444,444 Won (lebih kurang RM1,600). Untuk menjadikan penceritaan kisah-kisah ini lagi menarik dan menakutkan lakonan semula akan mengiringi pembacaan setiap kisah. Walaupun kebanyakannya berkisarkan cerita hantu, ada kisah yang dikongsikan berunsur misteri atau "true crime".

Ditayangkan bermula tahun 2021, sekarang ni terdapat sebanyak 90+ episod. Sayangnya, episod yang diterjemahkan hanya bermula pada episod yang ke-22.

Di thread ni, MamaG akan cuba kongsikan cerita-cerita yang paling menarik daripada program ini. Jadi semua "stay tuned" ya.

EP 22-Part 1.1
"Pangsapuri Studio di Seoul"

July 2004, didalam sebelah pangsapuri studio di Kota Seoul.

Walaupun telah sebulan peristiwa itu berlaku, ianya masih terpahat didalam fikiranku.

"Tuk tak, tuk tak, tuk tak"

Ya...bunyi itu, bunyi yang kedengaran semenjak aku berpindah ke pangsapuri ini dan bunyi itulah menghantui aku tiap-tiap malam.

"Tuk tak, tuk tak, tuk tak" bunyinya kedengaran seperti ada orang yang memakai kasut tinggi berjalan di laluan koridor dan menghampiri pintu depan rumah aku.

"Bang, bang, bang...krakkk, krakkk, krakkk" kemudian pula diikuti dengan bunyi pintu rumah diketuk dan tombol dipulas-pulas seperti ada yang terdesak hendak masuk kedalam.

"Bang, bang, bang...Eun, awak ada didalam? Bukaklah pintu ni...aku lah, song"...

"Kau kena makan Eun, aku tengok kau ni dah kurus macam orang sakit, tengok lah hitamnya
bawah mata kau ni" nasihat Song sambil menolak semangkuk bubur depanku.

"Dah berapa hari ni, kau tak tidur?" Bebel Song lagi.

"Aku betul-betul tak berselera lah". Jawabku sambil menolak bubur tadi ketepi.

"Kau ni dah kenapa? Makanlah sikit. Makan tak nak, pergi kerja tak nak, jumpa orang pun tak nak." Bentak Song.

"Aku takde semangat langsung Song. Tiap-tiap aku dengar lagi lah bunyi pelik tu. Makin lama, Makin dekat dan kuat."

"Kau tak boleh terus macam ni lah. Kau pergi bersiap sekarang. Ikut aku." Desak Song.

Setelah bersiap, Aku pun mengikut Song pergi ke suatu tempat.

Song telah membawaku ke rumah seorang Pawang*.
Pawang ini pernah menasihatkan aku sewaktu aku mula pindah ke pangsapuri itu.

"Tolong tengokkan Eun ni puan. Makin lama makin teruk ni. Dia dah macam orang sakit." Cerita Song kepada Pawang itu.

"Itulah sebabnya, saya dah berpesan, jangan pindah masuk rumah tu." Pawang tadi memulakan bicara.

"Saya dah cakap, rumah tu tak sesuai untuk ditinggal orang. Kamu yang degil."

Ya benar, 4 bulan yang lalu, sebelum aku berpindah ke pangsapuri itu, aku dan Song ada bertemu dengan Pawang ini. Pada mulanya, aku hanya temankan Song yang ingin menilik nasibnya dan bertanyakan soal jodoh. Sesudah Song selesai dengan urusannya, Pawang itu memandang ke-arahku dan bertanya jika ada apa-apa yang ingin ditujukan kepadanya.

Waktu itu, Aku memang tak ada apa-apa yang ingin ditayangkan atau pun hendak diminta. Tetapi, Pawang itu merenung wajahku lama.

"Saya takde apa-apa yang nak diminta atau bertanya. Tapi saya akan berpindah ke rumah baru hujung minggu ni." Kataku dalam nada malu.

"Tulis atas ni" Pawang itu tiba-tiba bercakap dengan nada yang keras sambil menunjuk sehelai kertas.

"Tulis apa Puan?" aku bertanya.

"Alamatnya lah. Kamu kan nak berpindah. Tulis alamat baru kamu tu. Saya tengokkan." Jawab Pawang itu sambil mengeluh.

Setelah menulis alamat baruku dan diserahkan kembali kertas itu kepada Pawang tadi. Dia memulakan bacaan menteranya dengan matanya tertutup.

Tiba-tiba matanya terbuka luas.

"Kamu jangan berpindah ke situ! Tempat itu tak sesuai untuk didiami manusia. Ia gelap dan kotor!"

Kenyataan Pawang itu membuatkan aku dan Song terkejut.

"Kenapa puan? Saya dah pun buat bayaran deposit sebanyak 2,000 Won** dan dah lepaskan tempat lama saya."

Pawang tadi tetiba berubah wajah, matanya hanya kelihatan bahagian putihnya sahaja. Dalam suara orang lain....

"Kamu sama sekali jangan berpindah ke tempat itu.
Ada bayang-bayang hitam yang sentiasa berkeliaran disitu. Bayang-bayang itu mencari pengganti. Sesiapa yang tinggal situ, tak akan dapat keluar dari situ hidup-hidup!"

Sekali lagi aku terkejut dengan kenyataan Pawang. Tapi apakan daya, aku sudahpun membuat pembayaran deposit dan kontrak dengan tempat yang Aku tinggal sekarang ni pun sudah ditamatkan. Lagipun, hujung minggu ini aku patutnya berpindah. Terlalu singkat masanya untuk berbuat apa-apa.

Pada hari aku berpindah itu, masih terngiang-ngiang kenyataan Pawang itu didalam fikiranku. Aku tertanya-tanya dengan diriku.

"Betul ke keputusan aku ni? Patut ke aku ikut cakap Pawang itu?" Berulang-ulang aku memikirkannya. Nak sedapkan hati, aku sibukkan diri dengan urusan perpindahan dan menyakinkan diri aku yang tak ada apa-apa akan terjadi.

Pangsapuri yang baru ini, bukanlah sebenarnya bangunan pangsapuri residensi sepenuhnya. Ia sebenarnya bangunan komersial yang telah diubah suai dimana bahagian bawah sekali ada sebuah pusat karaoke. Tingkat 1 dan 2 adalah pejabat dan sebuah tempat makan dan tingkat 3 dan 4 diubahsuai untuk dijadikan pangsapuri studio. Ruang yang sepatutnya dijadikan 2 pejabat, dibahagikan kepada 4 ruang studio. Tiada lif dibangunan ini dan kami terpaksa menggunakan tangga.

Aku berkongsi studio dengan seorang lagi penghuni lain, tetapi kami mempunyai pintu masuk yang asing. Cumanya, ada pintu yang dikunci yang bersambung dengan studio sebelah. Ini untuk memudahkan tuan rumah menyewa kepada penghuni yang mungkin inginkan ruang yang lebih besar suatu hari nanti.

Oleh sebab, tiada lif, aku dengan teman lelakiku terpaksa mengangkat barang-barangku dari tingkat 1 sendiri. Sesampainya sahaja di tingkat 4, tingkat rumahku, aku terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Baunya itu susah hendak digambarkan. Tetapi ia sangat menusuk hidungku.

"Sayang, kuatkan bau busuk ni?" Tanyaku kepada teman lelakiku

"Ha? Bau apa pulak? Mana ada. Eh, awak ni. Dahlah cepat bukak pintu. Berat ni." Jawab teman lelakiku.

Aku kehairanan. Bau kuat seakan bangkai boleh pulak dia cakap tak ada bau.

Pada sebelah petang itu, setelah sudah memindahkan barang-barang aku kedalam rumah, aku baru berpeluang untuk duduk dan berkemas.

Tiba-tiba, ada ketukan dipintu. Teman lelakiku lupa ke nak ambik sesuatu? Alangkah terkejutnya bila aku melihat siapa yang berada di muka pintu.

--bersambung--







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 05:57 PM | Show all posts
mod sila bagi tacang utk poremer ni please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
EP. 22 - Part 1.2

---sambungan---

Alangkah terkejutnya aku bila pawang yang Song dan aku lawat hari tu, berada di muka pintu rumah.

"Saya dah agak kamu ni akan berdegil untuk berpindah . Jadi saya datang ni nak tolong setakat yang saya mampu. Izinkan saya masuk untuk sekurang-kurangnya buat upacara "pembersihan".

Dalam keadaan terkejut dan seribu pertanyaan, aku membiarkan sahaja pawang itu lakukan apa yang dia mahu.

"Macam mana dia tau aku masuk rumah ni hari ni? Aku tak kenal sangat dengan dia pun, sanggup dia datang semata-mata nak buat upacara." Persoalan demi persoalan bermain dalam pemikiranku.

Setelah selesai, Pawang itu pun pulang. Tetapi sebelum dia pulang, dia berpesan.

"Walau apapun yang terjadi, walau apapun yang kamu dengar atau lihat samada dalam rumah ini atau diluar rumah ini, jangan kamu buka pintu ini. Tunggu dalam rumah sehingga waktu siang. Faham?" Katanya dengan serius.

Aku hanya mampu mengangguk.

Malam itu aku cuba untuk tidur lebih awal setelah berpenat berpindah dan mengemas rumah. Tapi kata-kata Pawang sewaktu melakukan upacara didalam rumah ini tadi, bermain didalam kepalaku.

"Dia merayu-rayu untuk saya datang setiap malam. Dia juga merayu agar dapat menolong untuk melepaskannya. Tapi..."

Siapa pulak dia? Song? Kenapa Song mintak dilepaskan? Hish..entahlah...makin difikirkan, makin pelik jadinya. Mungkin terlalu penat, aku tak ingat pukul berapa aku terlelap.

"Tuk tak, tuk tak, tuk tak....bang, bang, bang"

Bunyi apa tu? Terjaga aku dari tidur. Dari karaoke kat bawah ke? Takkan lah bunyinya sampai tingkat ni?

"Dup, dup, dup, dup"

Bunyi apa pulak ni? Bunyinya seperti benda tumpul yang diketuk berulang-ulang kali. Aku mengerling ke arah jam. Pukul 3.30 pagi.

"Dup, dup, dup, dup"

Alahai, apa ni. Dah pukul 3.30 pagi pun karaoke bawah tu masih buka ke? Mungkin "soundproofing" yang digunakan dari bahan murah. Apa-apa sahajalah. Aku terlampau penat untuk berfikir panjang dan tidur kembali.

Esoknya hari Ahad, aku keluar awal pagi untuk membeli beberapa barangan keperluan. Sambil itu, meninjau tempat makan sekitar kawasan ni. Ialah, kebiasaan, orang yang tinggal seorang seperti aku ni, kurang memasak.

Tak jauh dari pangsapuri aku, ada sebuah kedai runcit yang diusahakan oleh seorang "ahjumma" (wanita pertengahan tahun). Sebaik melangkah masuk, aku disapa oleh "ahjumma" dan kawannya. Mereka berdua sedang sibuk bergosip sebelum itu.

"Ah, tak pernah nampak kamu disini. Baru berpindah masuk kawasan ni ya?" tanyanya.

"Ye..ye "imo" (panggilan kepada wanita yang lebih tua seperti makcik). Di pangsapuri yang ada pusat karaoke ditingkat bawah". Jawabku.

"Ha! Kamu berpindah ke situ??? Kenapa lah gadis seperti kamu pilih tempat macam tu? Takkan kamu tak dengar apa-apa cerita pasal pangsapuri tu. Aduhai..." Leter kawan "ahjumma" tadi.

"Ke...kenapa "imo"?" Terkejut aku bila dileter begitu.

"Ahjumma" pula membeliakkan matanya ke arah kawannya dan disuruh diam.

"Takde apa-apa. Tapi kalau awak perlukan apa-apa, datang ke kedai saya ya. Tengok-tengoklah apa yang awak perlukan. Saya bagi harga murah."

Aku berada pelik, kenapa kawan "ahjumma" cakap begitu dan apa yang teruk sangat dengan pangsapuri itu. Aku terus masuk kedalam untuk membeli barang yang aku perlu. Sambil membelek barang didalam, aku terdengar perbualan "ahjumma" dan kawannya.

"Gadis baik macam dia tu tak patutlah tinggal pangsapuri tu. Macam-macam orang yang sewa tempat tu. Lagi-lagi GRO yang kerja dekat karaoke tu. Kan tak elok."

"Eh, engkau ni. Janganlah menyibuk sangat. Mungkin sebab sewa murah aje kot. Engkau ingat nak sewa tempat lain dekat Seoul ni murah ke? Senang-senang boleh dapat ke?" "Ahjumma" tadi cuba mendiamkan kawannya.

Malam itu, sedang aku membasuh rambut (orang Korea bila membasuh rambut, mereka biasanya tunduk dan basahkan bahagian rambut sahaja), aku rasakan seperti ada yang memandangku. Perasaan seram sejuk menyelubungi aku. Cepat-cepat aku membilas rambutku. Tak semena-mena semasa aku didalam keadaan tertunduk (dia melihat melalui celah kangkang sebenarnya. Ada kepercayaan Cina, Jepun dan Korea kalau nak melihat hantu, boleh melihat melalui celah kangkang), aku terlihat ada sepasang kaki dibelakangku. Terkejut, Aku terus bangun dan menoleh kebelakang...kosong. Tiada siapapun disitu. Tapi perasaan seram sejuk itu masih belum hilang. Aku capai tuala dan terus keluar dari bilik air.

"Dup, dup, dup, dup"

Berulang lagi bunyi itu.

"Dup, dup, dup, dup"

Kenapa ni? Memandangkan hari esok, hari bekerja, aku malas Nak melayan dan meneruskan tidur aku. Tetapi, diantara dalam sedar dan tidur, bunyi itu tetap kedengaran.

---bersambung---



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
best..teruskan lagi TT..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:43 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mamagarik at 17-9-2023 12:17 PM

Part 1.3

---sambungan---

Setelah beberapa minggu aku tinggal di rumah ini, peristiwa yang berlaku sewaktu aku mula-mula pindah dulu kian pudar. Aku mula sibuk kembali dengan kerja dan aktiviti lain. Cuma ada kalanya bunyi seperti benda tumpul dihentam berulang kali, masih sayup kedengaran pada waktu malam.

Kerja di pejabat pun dah makin sibuk. Bila habis sahaja kerja sudah lewat malam dan sampai sahaja dirumah, aku selalu merebahkan diri dikatil untuk tidur. Tidak sempat untuk memikirkan benda-benda negatif.

Namun, bila tibanya bulan Julai, kejadian yang lebih ngeri yang selama-lamanya terpahat dalam diingatan menimpa diriku.  

Pada satu malam, bunyi pelik itu datang kembali dan kali ini semakin dekat dan semakin kuat kedengaran.

"Tuk, tuk, tuk, tuk..." "Tak tak tak tak"

"Aaargghh...makin menjadi pulak bunyi nih. Tak boleh jadi nih." Fikirku.

Aku bangun daripada sofaku dan berjalan menuju bunyi itu.

"Dum! dum! dum!...dum! dum! dum!"

Makin kuat bunyinya bila aku menghampiri dinding jiran sebelah.

"Dum! Dum! Dum!"

"Lahhhh, rupanya selama ini bunyinya dari sebelah ke?" Fikirku lagi.

"Esok aku mesti berjumpa dengan dia dan mintak dia turunkan bunyinya. Nak pergi sekarang, takut pulak, entah orang jenis macam mana jiran aku ni."

Ialah, aku seorang perempuan, maunya jiran aku ni jenis garang, diterajangnya aku ni nanti. Sekurang-kurangnya aku dah tahu bunyi itu dari mana dan ianya buatan
manusia.

Tanpa berfikiran panjang, aku pun siapkan diri untuk tidur. Sedang aku nyenyak tidur...

"Bang...bang...bang" pintuku diketuk kuat, bagaikan orang yang mengetuk itu berada didalam kecemasan.

Aku cuba bangun akan tetapi, badanku terasa seperti ditekan oleh sesuatu. Lebih-lebih bahagian dadaku, menjadikan aku susah untuk bernafas.

Aku hanya mampu untuk menggerakkan bola mata aku ke arah pintu dan alangkah terkejutnya, bila aku melihat satu bayang seakan wanita yang berambut panjang menutupi wajahnya, berpakaian serba merah dan berkasut tumut tinggi merah berdiri didepan pintu.

Bayang itu kemudiannya perlahan-lahan mengangkat mukanya yang tertunduk dan menunjukkan wajahnya yang begitu buruk sekali. Bola matanya hanya kelihatan putih, wajahnya lebam-lebam dan mulutnya ternganga seolah-seolah sedang menjerit.

"Tuk...tak....tuk...tak...tuk...tak"

Bunyi kasut tumit tingginya berjalan diatas lantai rumahku.

"Tuk....tak...tuk...tak...tuk...tak"

Aku masih tidak mampu menggerakkan badanku, nafasku makin sesak, dadaku makin terasa terhimpit saat lembaga itu menghampiriku. Aku hanya mampu melihat lembaga itu makin lama makin menghampiriku.

---bersambung---







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Part 1.4

---sambungan---

"Kringggggggggg!!!"

Aku terus terbangun dari tidur. Rupanya, aku bermimpi. Tapi...ada satu bau yang menusuk hidungku, bau hanyir bercampur bau metalik. Ya, baunya seperti tempat penyembelihan di pasar...bau darah! Datang dari mana pulak bau ini.

Dadaku pula, yang rasa seperti ditekan semalam, rasa sakit. Seperti apa yang aku mimpikan adalah realiti.

Aku siapkan diriku untuk ke tempat kerja seperti 'zombi', otakku memang kosong semenjak kejadian malam tadi. Petang itu aku pulang ke rumah awal atas alasan tidak sihat. Sampai sahaja diluar bangunan, aku mula rasa seram sejuk. Dalam bangunan gelap, lampu koridor semua tak dinyalakan.

Pusat karaoke yang biasanya terang dengan lampu warna-warni pun gelap dan senyap. Aku melangkah perlahan menaiki tangga. Setiap langkahku terasa seperti ada yang memerhati. Sampai didepan pintu rumahku, aku berhenti sekejap untuk meletakkan nota untuk jiran sebelah.

'Minta maaf ya, tapi, setiap malam kedengaran seperti awak bertukang. Saya mohon kalau awak boleh kurangkan sebab bunyinya kedengaran disebelah. Minta maaf sekali lagi.'

Rumahnya senyap, mungkin tiada orang dirumah. Entah apa yang membuatkanku mengintai melalui lubang pintu. Alangkah terkejutnya aku bila ada mata yang melihat kembali dari lubang itu.

"Ha!"

Cepat-cepat aku beredar dari situ dan memasuki unitku. Masuk sahaja kedalam rumahku, bau hanyir yang aku terbau pagi tadi menusuk hidungku. Saat itu juga terasa seperti ada angin yang sejuk melalui badanku.

"Tuk...tak...tuk...tak...tuk...tak"

Bunyi itu! Kedengaran seperti ada orang menaiki tangga dengan kasut bertumit tinggi.

"Tuk...tak...tuk...tak...tuk...tak"

Makin lama, makin hampir bunyinya. Makin lama, makin dekat denganku. Bunyinya terhenti didepan pintu rumahku!

"Bang, bang, bang"

Pintu rumahku diketuk, aku tersentak! Perlahan-lahan aku mengintai melalui lubang pintu. Seorang wanita berpakaian merah dengan berkasut tumut tinggi merah berdiri didepan rumahku. Kepalanya tertunduk. Wanita ini....wanita ini sama seperti dalam mimpiku semalam.

"Buka pintu ini, aku nak masuk" bisiknya.

Dadaku terasa seperti dihimpit sekali lagi. Sakitnya membuatkan tidak boleh bernafas. Pandanganku terus gelap. Aku rebah didepan pintu.

---bersambung---
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 09:09 AM | Show all posts
ah serammm jugak.. pliz update lagi TT..
Im waitingggg.... best nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Part 1.5

---sambungan---

Entah berapa lama aku pengsan didepan pintu. Bila aku terjaga kembali, ruang rumahku gelap gelita. Aku teringat kembali apa yang terjadi. Perlahan-lahan aku berdiri dan mengintai dari lubang pintu rumahku...tiada sesiapa. Hanya ruang koridor yang sepi.

Namun, ruang rumahku terasa dingin yang berlainan. Terlebih dingin dari biasa. Badanku pula terasa panas, aku demam. Aku terus merebahkan diriku di atas katil dan mneyelimuti diriku. Walaupun berselimut, badanku menggigil kesejukan.

'Bang...bang...bang!'....pintuku diketuk bertalu-talu.

'Bukalah pintu ni...aku sejuk...' suara seorang wanita merayu-rayu untukku membuka pintu.

Aku hanya mampu untuk menutup kepalaku dengan selimut dan berdoa agar hari siang cepat tiba kerana aku tahu itu bukan suara manusia!

Tiba-tiba, aku terasa seperti selimut aku ditarik dari hujung kakiku. Bila aku berpaling ke arah itu, aku melihat sepasang tangan yang pucat dengan berkuku panjang menarik selimutku. Aku cuba menarik selimutku kembali tetapi tangan itu kemudian memegang kedua-dua bahagian tumitku dan menarikku dengan kasar sehingga aku terjatuh dari katil.

Dalam keadaan terkejut dan seram, aku cuba menjerit namun kerongkongku seperti tersekat dengan sesuatu. Dia kemudiannya menunjukkan dirinya. Dengan baju merah dan kasut tumit tinggi, aku tahu ini adalah lembaga yang sama aku lihat. Akan tetapi, wajahnya kini lebih buruk dengan mukanya penuh berulat dan darah mengalir dari bahagian matanya dan hidungnya.

Dia menghampiriku dengan merangkak dari bahagian hujung kaki sehinggalah dia benar-benar berada diatas mukaku. Baunya hanyir seperti bau yang aku bau selama dua hari yang lalu.

Aku cuba berpaling untuk tidak melihat wajahnya yang buruk itu, namun dia memegang kepalaku dan memaksa aku melihatnya sambil berkata...

'Kenapa awak tak nak bagi saya masuk?'

---bersambung---
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi tt.. best2!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 07:46 AM | Show all posts
best best !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Part 1.6

Pagi esoknya aku terjaga daripada tidur di atas lantai. Masih mamai, aku terpinga-pinga kenapa aku berada di atas lantai dan bukan di atas katilku. Kemudian aku terhidu bau hanyir dan telah mengingatkanku kembali tentang kejadian malam tadi.

Apakah yang aku alami hanya mimpi ngeri atau realiti? Kenapa mimpinya begitu terang dan jelas sehinggakan bau hanyir yang dapat dihidu semasa aku tidur dapat dihidu sekarang juga. Kepalaku berpinar-pinar, pening, badanku masih panas. Demamku belum kebah. Aku hanya mampu bangun dan baring semula di atas katilku. Siapakah yang menghantui aku ni? Betul ke apa yang pawang itu telah katakan, 'sesiapa yang masuk kedalam bangunan ini tak akan dapat hidup'.
----------
Keadaan semakin teruk. Sudah seminggu aku hidup dalam ketakutan. Sehinggakan aku seperti mayat hidup. Demamku masih belum baik dan badanku makin lemah. Tiap-tiap malam dalam seminggu ini lembaga itu mendatangi aku. Aku sudah tak pasti sama ada mimpi ataupun lembaga itu benar-benar berada disampingku.

Setiap malam jam 3 pagi 'dia' akan mula mengetuk pintuku dan merayu untuk aku membuka pintu. Ada kalanya rayuannya kedengaran sayu sekali. Ada kalanya pula kedengaran 'dia' marah dan mula menyumpah seranah. Ada kalanya pula kedengaran suaranya seolah-olah terdesak. Seolah-olah memanggilku untuk membantunya.

Ini mengingatkanku kembali dengan kata-kata Pawang pada kali pertama dia datang sewaktu aku pindah yang 'ada yang menyuruhnya membantunya'.

Namun tanpa pengetahuanku, apa yang aku alami sekarang bukanlah yang terdahsyat...

...bersambung

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt. Citer best.. Sila sambung lagi ????????????
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok, best².. tolong sambung TT
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wuuu best TT.. hantu korea boleh tahan seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 03:41 PM | Show all posts
kt oversea pon antu ske kacau eh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde semabungan ke TT? Sedih la. Setiap dua hari mesti refresh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 18-11-2023 07:24 PM
Takde semabungan ke TT? Sedih la. Setiap dua hari mesti refresh.

Ada2...sabar ye...psl kena tgk balik citenya lps tu nak kena mengolah karangan dari google translate nih ????. InsyaAllah, 2/3 hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:26 PM | Show all posts
sy tahu variety show ni..not bad cite2 yg diorg kongsikn tp yg cite yg tt cite ni episod yg sy xtgk lg..waktu tayangan pn mlm2 mmg menakutkn jugak klu tgk sorg2..sbb diorg ade buat lakonan semula jugak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.746457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list