View: 4769|Reply: 9
|
Makin Ramai Pesakit Kanser Jumpa Doktor Berada Di Tahap Tiga
[Copy link]
|
|
Melaka: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) mendedahkan sebanyak 90 peratus daripada pesakit kanser datang mendapatkan rawatan di hospital setelah berada di tahap tiga.
Pengarah Urusan NCSM, Dr. M. Murallitharan berkata, situasi itu dilihat sebagai pasca atau kesan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai pesakit tidak tampil mendapatkan rawatan awal.
M. MURALLITHARAN
Ujarnya, jumlah tersebut bagaimanapun dijangka akan terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Kalau sebelum ini, lebih kurang 90 peratus pesakit dapat dikesan menghidap kanser pada tahap awal iaitu satu dan dua, tetapi sejak tahun lalu kita menerima jumlah peratusan sama melibatkan mereka yang telah berada pada tahap empat.
“Antara penjelasan yang diterima daripada pesakit adalah mereka tidak dapat pergi ke hospital kerana Covid-19 dan kita jangka perkara ini akan terus dihadapi sehingga lima tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Video Lagu Saya Anak Malaysia Untuk Kebajikan Pemandiri Kanser yang dihasilkan NCSM bersama Etiqa di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Tambahnya, jumlah pesakit kanser usus direkodkan naik secara mendadak melibatkan mereka yang berusia awal 20-an sehingga 40-an.
Mengulas lanjut beliau berkata, susulan kebimbangan itu, NCSM telah melaksanakan pelbagai program inisiatif melibatkan ujian saringan kepada orang ramai khususnya golongan wanita.
“Meskipun kebanyakan program adalah untuk kanser payudara tetapi kita juga ada melakukan saringan bagi kanser lain seperti usus, di Melaka sahaja sudah mencecah lebih daripada 8,000 orang.
“Pada masa yang sama usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser ini telah meliputi hampir 30,000 orang di seluruh negara,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Blastoff! 
I miss you. Come back with your juicy thread.  |
|
|
|
|
|
|
|
Perkeso bukan ka ada buat medical checkup apa nama progrem saringan kesihatan umur 40-59 tempoh 16may-31 Dec bwh belanjawan 2023 |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy: Perkeso bukan ka ada buat medi ...
Oo ada ye mcm tak di war war kan sgt pun
Aku selalu buat yg free under kerajaan selangor tu
Tapi hanya untuk cancer hpv
Nak buat cancer marker kena p swasta lah |
|
|
|
|
|
|
|
free tu basic je uols.. nk details skit kena tambah duit sendiri... tpi pap smear free
|
|
|
|
|
|
|
|
"Air terpaling sochi berpuaka yg disembah satu2nyeh penyelamat ummah donia yg pantang dihina namun hakikatnya layak dihumban ke lobang kumbahan puaka najis mughallazah laknat neraka tingkat ke 7" kini tersenyum sinisss dan bangga keh? 
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mana ponder2 yg juai ayaq sembuh 1001 penyakit termasuk kenser tu?
nyorok ka acamner?
geng2 anak didik jijan jijiksss ailiobashiiii  |
|
|
|
|
|
|
|
hard pill : mRna vaccine cause #turbocancer. thanks me later |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 7-9-2023 06:34 PM
mana ponder2 yg juai ayaq sembuh 1001 penyakit termasuk kenser tu?
nyorok ka acamner?
it's mRna vaccine bro #turbocancer |
|
|
|
|
|
|
| |
|