CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 3

Piano Milik Milik Freddie Mercury Dijual RM17.53 Juta

[Copy link]
Post time 7-9-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
London: Piano penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury bagi menggubah hampir kesemua lagunya serta manuskrip asal 'Bohemian Rhapsody' dilelong dengan nilai lebih 3 juta Pound Sterling (RM17.53 juta) di London, semalam.


Sotheby's berkata, piano itu antara lebih 1,400 memorabilia Mercury yang dilelong di Sotheby's.


Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 59 barangan berjaya dijual dengan nilai 12,172,290 Pound Sterling (RM12,850,157.77).


Piano milik penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury. FOTO AFP




"iano buatan Yamaha Mercury berharga 1,742,000 Pound Sterling (RM10,179,953.60) manakala manuskrip untuk lagu hit epik Bohemian Rhapsody memperoleh 1,379,000 Pound Sterling (RM8,058,642.95)," katanya.


Rekod menunjukkan seramai 2,000 pembida dari 61 negara mendaftar untuk mengambil bahagian dalam lelongan itu.


Sebahagian daripada hasil akan didermakan kepada Mercury Phoenix Trust dan Elton John Aids Foundation, dua organisasi yang memperjuangkan perangi AIDS.


"Saya merindui Freddie sehingga hari ini. Dia adalah seorang kawan hebat yang penuh dengan cinta dan kehidupan daripada sesiapa yang pernah saya temui serta seorang penghibur cemerlang yang muziknya memberi inspirasi dan mengujakan ramai," kata John dalam mesej yang dibacakan pada permulaan jualan.


Sementara itu, jurulelong Sotheby's , Oliver Barker berkata, manuskrip 'Bohemian Rhapsody' mengandungi 15 muka surat dalam catatan menggunakan pensel dan pen.


Manuskrip itu juga mendedahkan, Mercury yang meninggal dunia akibat AIDS pada tahun 1991 pada asalnya bertujuan memanggil lagu itu 'Mongolian Rhapsody'.


Mercury membeli piano itu pada tahun 1975 selepas pencarian menyeluruh selama enam bulan untuk instrumen yang ideal untuk menghidupkan gubahannya.


Barangan peribadi Mercury termasuk perabot, pakaian , lukisan dari Chagall, Dali, Picasso dan James Jacques Joseph Tissot turut akan dilelong dalam acara yang berlangsung dalam talian.


Semua koleksi itu dijual kawan rapat dan bekas tunang Mercury, Mary Austin yang mewarisi hartanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 12:59 PM | Show all posts
kenapa lah Mary taknak simpan piano tu...sayang betul..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Better mary jual barang freddie dari waris kan kepada keturunan yang mungkin tidak akan di hargai and di jadi.... Yang beli ini jenis collector akan maintain condition piano... If new owner akan buat same things if heshe tidak trust harta yang di warisi akan di jaga...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 01:31 PM | Show all posts
better jual, at least collectors akan sentiasa polish, preserve & maintain semua barang2 tu untuk jual jual jual next in the future...kalau simpan je sampai anak cucu ke berapa generasi, maybe tak dijaga sebaik tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067427 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list