CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 3

[Politik] Sheikh Ibrahim jangka PN lebih giat mainkan isu 3R selepas ini

[Copy link]
Post time 7-9-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Sheikh Ibrahim jangka PN lebih giat mainkan isu 3R selepas ini
Shakira Buang
Diterbitkan:  Sep 7, 2023 9:45 AM



PRK JOHOR | Bagi Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh dia tahu pilihan yang ada untuk PH dan BN di Simpang Jeram serta Pulai pada Sabtu ini hanyalah satu: mencapai kemenangan.

Namun mengikut pandangan ahli politik veteran itu, kemenangan juga memberi petanda masalah serta cabaran buat orang ramai, khususnya penduduk Johor.

Mengikut perkiraan doktor perubatan yang terlibat sepenuh masa dalam politik suatu ketika dulu, kemenangan parti kerajaan pada Sabtu ini akan membuat pembangkang semakin giat memainkan isu perkauman dan agama.

"PN akan menggunakan isu tersebut kerana mereka tidak ada isu lain atau idea untuk membangunkan negara serta masyarakat.

"Justeru PN akan menggunakan kedua-dua isu berkenaan untuk menarik sokongan rakyat," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

Sebenarnya Sheikh Ibrahim, 68, boleh membuat andaian tersebut berdasarkan pengalaman lamanya sebagai penggerak politik sebelum ini.

Dia merupakan penggerak PAS di kawasan parlimen Bakri sejak cawangan parti itu ditubuhkan di situ pada 1985. Bahkan Sheikh Ibrahim menjadi salah seorang perintis yang cuba mengembangkan parti berkenaan ketika sambutan di Johor begitu mencabar pada era berkenaan.

Sukar diterima bukan Islam

Melalui pelbagai gerak kerja yang dijalankan akhirnya PAS semakin diterima ramai dan membawa kepada kemenangan Sheikh Ibrahim bagi kerusi DUN Sungai Abong pada 2008.

Dia kemudian mempertahankan kerusi tersebut sekali lagi pada 2013.

Turut mencapai kemenangan pada kedua-dua PRU berkenaan ialah seorang lagi calon PAS, Dr Mohamad Taslim.

Kemenangan itu dianggap penting kerana menjadi perintis kepada perkembangan pengaruh PAS di negeri berkenaan yang terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak sekian lama.

Pun begitu Johor juga melakar sejarah tersendiri menjadi lokasi langkah permulaan penubuhan Amanah ekoran krisis dalaman dalam PAS yang mencapai kemuncaknya pada 2015.


Gambar fail


PRU ke-14 yang diadakan pada 2018 menyaksikan DUN Sungai Abong dikenali sebagai Simpang Jeram. Sheikh Ibrahim tidak lagi aktif dalam politik namun dia menyaksikan sendiri bagaimana kerusi yang diwakilinya selama dua penggal diisi pula oleh Salahuddin Ayub.

Sheikh Ibrahim menyertai Amanah secara rasmi pada 2019 dan menganggap parti itu sesuai dengan jiwanya terutama apabila mengambil pendekatan rahmatan lil alamin.

"PAS sekarang lebih kepada memperjuangkan perkauman Melayu dan Islam yang agak keras, maka ia tidak dapat diterima oleh orang bukan Islam," kata Sheikh Ibrahim.

Menjelang hari pembuangan undi Sabtu ini, Sheikh Ibrahim berharap pengundi di Simpang Jeram memilih pihak yang mengambil pendekatan politik sederhana iaitu PH dan BN.


Pun begitu ada kebimbangan di hati Sheikh Ibrahim kerana kemenangan calon parti kerajaan, Nazri Abdul Rahman, meletakkan PN tidak ada pilihan selain akan memainkan isu kaum dan agama dengan lebih kreatif.

Pada masa sama Sheikh Ibrahim mengakui gerak kerja balas di pihak kerajaan bagi mengekang kempen sebegitu agak kurang berkesan, terutama apabila pihak lawan membawa naratif kebencian.

Apa yang boleh dibuat, katanya, ialah melakukan penerangan balas sebaik mungkin namun ia berdepan cabaran ekoran penguasaan media sosial di pihak PN.

"Kami berharap rakyat di sini boleh menilai segala dakwaan dibawa PN melalui pelbagai media," katanya.


Nazri Abdul Rahman

Sementara itu Sheikh Ibrahim juga positif melihat sambutan dalam kalangan penyokong Umno kesan daripada kempen agresif dilakukan pemimpin parti terbabit.

Apa yang berlaku sekarang, katanya, begitu menjanjikan.

"Macam semalam (kelmarin) saya bersama dengan pemimpin Umno Johor berkempen dan saya lihat reaksi body language ahli-ahli Umno menampakkan bahawa mereka boleh terima calon PH," katanya.

Dalam PRK Simpang Jeram pada Sabtu ini, Nazri Abdul Rahman dari Amanah menjadi calon parti kerajaan dalam usaha mereka mempertahankan kerusi yang ditinggalkan Salahuddin.

Dia berdepan cabaran daripada calon PAS-PN, Dr Mohd Mazri Yahya, serta seorang calon bebas, S Jeganathan.

Pada PRN Johor lalu (2022) Salahuddin memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 8,749 undi dan dibezakan daripada pencabar terdekat dengan 2,399 undi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 08:54 AM | Show all posts
Dah x de modal
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu 3 R hanya digunakan sehebat nya bila dah jadi pembangkang. Bila dah berkuasa dlm kerajaan isu yg sama terus hilang...sah pengundi diperbodohkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 25-9-2023 02:31 PM
Isu 3 R hanya digunakan sehebat nya bila dah jadi pembangkang. Bila dah berkuasa dlm kerajaan isu yg ...

Lojing, Kelantan diberi PAS Kelantan pada peladang durian kaum Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060671 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list