CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2501|Reply: 0

[Kelantan] Kebun penduduk Orang Asli musnah akibat serangan gajah

[Copy link]
Post time 7-9-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk Orang Asli menunjukkan kesan tanaman rosak akibat serangan gajah liar di kebun penduduk kampung Orang Asli di Pos Belatim. Foto ihsan penduduk\

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli dari dua Kampung di Pos Belatim, resah dengan kemunculan dua ekor gajah yang berkeliaran dan mengganggu tanaman mereka sejak minggu lalu.

Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar itu mendakwa gajah liar terbabit yang berkeliaran di Kampung Kajak dan Kampung Cacuh, memusnahkan tanaman pisang, ubi kayu dan sayur-sayuran.

Penduduk Kampung Cacuh, Sari Uda, 40, berkata serangan gajah bukan sahaja menyebabkan sumber makanan mereka terjejas, malah penduduk juga hidup dalam kebimbangan terserempak gajah terbabit.

"Kami penduduk Orang Asli di perkampungan ini bergantung kepada sumber pertanian untuk hidup dan ubi adalah makanan asas kami. Serangan gajah liar memberi kesan kerana merosakkan sumber makanan kami," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Sementara itu, penduduk Kampung Kajak, Rahimi Dolah, 45, berkata dalam kejadian terbaru kira-kira tiga hari lalu, penduduk mendengar dengan jelas bunyi gajah liar terbabit yang berkeliaran di kawasan kebun sehingga menyebabkan mereka ketakutan.

"Saya harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dengan masalah yang dihadapi penduduk di sini.

"Kami bukan hanya hidup dalam ketakutan tetapi juga sumber makanan kami juga musnah sedangkan kami ada anak-anak yang perlu dibesarkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ibat-serangan-gajah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073640 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list