CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3314|Reply: 0

Senarai 10 Tempat Paling Menarik di Pulau Jeju Korea Selatan. Sumpah Cantik!

  [Copy link]
Post time 7-9-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode



Ada apa yang menarik di Pulau Jeju Korea Selatan itu? Kenapa ia menjadi impian percutian bagi pelancong Malaysia? Adakah disebabkan mereka terpengaruh dengan K-Drama?

Pulau Jeju ialah destinasi percutian popular untuk warga Korea. Sebenarnya, salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia adalah perjalanan antara Jeju dan Seoul selepas Singapore dan Kuala Lumpur.

Kekerapan dengan lebih daripada 85,000 penerbangan setahun.

Tahukah anda Pulau Jeju mempunyai gunung tertinggi di Korea, pantai yang indah, denai Jeju Olleh untuk pengembara, dan begitu banyak makanan sedap yang lazat untuk dilawati.

Pulau Jeju sangat jelas popular pada bulan-bulan musim panas apabila air laut sangat sesuai untuk menyejukkan diri dalam cuaca panas.

Walapun begitu, pulau itu sebenarnya cantik sepanjang tahun dan juga mempunyai bunga musim sejuk yang mekar.

1- Seongsan Ilchulbong


Seongsan | Imej oleh: Lightscape

Lokasi yang terkenal sebagai Puncak Matahari Terbit ini merupakan sebuah kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi.

Gunung berapi yang berusia sekitar 100,000 tahun ini begitu indah kerana berada di tepi laut dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai destinasi pelancongan utama untuk menyaksikan keindahan matahari terbit di Pulau Jeju.


2- Seopjikoji


Pemandangan tebing Seopjikoji | Imej oleh: Gen Hyung Lee

Lokasi yang satu ini terbentuk hasil daripada debu gunung berapi yang berwarna merah atau dikenali ‘songyi’.




Seopjikoji merupakan kawasan teluk yang menghidangkan pemandangan pesisir pantai yang menenangkan.

Anda boleh mendaki di sepanjang bukitnya sehingga ke rumah api bagi mengabadikan kenangan.

Menjelang musim bunga, lokasi ini semakin meriah dengan pengunjung.



3- Gunung Sanbang



Sanbang san Mountain | Imej oleh: Chlotus LY

Sanbang Mountain yang terbentuk daripada letusan gunung berapi ini mempunyai sebuah gua besar yang menjadi tempat beribadat bagi penganut agama buddha.



Menariknya lagi, di sekitar kawasan gunung berbatu ini turut mempunyai ladang bunga kanola yang besar.

Jika ke sini pada musim bunga anda boleh bergambar sakan di sini!

Turun dari gunung, anda boleh menyelusuri kawasan Yongmeri Coast yang merupakan sebuah tebing tinggi di sepanjang laut.



4- Gunung Halla





Gunung Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1947 meter di atas permukaan laut.

Bagi warga Korea Selatan, gunung ini merupakan gunung keramat dan mereka percaya bahawa roh dan dewa berada di puncak gunung ini.



Pendakian yang mengambil masa sehari untuk naik dan turun ini menyajikan pemandangan tasik dan sekitar Pulau Jeju yang cukup menakjuban.

5- Jusangjeolli Cliffs


Jusangjeolli Cliff | Imej oleh: Herve

Tebing laut di Pulau Jeju ini terkenal dengan pembentukan batuan yang cukup unik dan cantik.

Anda boleh menyaksikannya di Jusangjeolli Cliffs yang telah terbentuk sekitar 250,000 ke 140,000 tahun lalu.


Jurang batuan heksagon Jusangjeolli | Imej oleh: Jaesung An


Batuan yang terhasil daripada larva gunung berapi Hallasan ini dikatakan cukup sempurna dengan bentuk heksagon seolah-olah ditempa dengan tangan.

Bunyi deruan angin dan ombak yang menghempas tebing ini pasti membuai perasaan anda.



6- Cheonjeyeon Waterfall


Cheonjeyeon Waterfall | Imej oleh: Luisiena Rex

Dah puas menyaksikan panorama laut? Air terjun tiga tingkat yang turut digelar ‘The Pond of God’ ini berpunca daripada bumbung gua dan jatuh membentuk seperti kolam.



Di sini pelancong boleh menyaksikan tumbuhan eksotik seperti buluh solimnan, jambatan gerbang dengan 7 nimfa diukir di sisi dan Pavilion Cheonjeru segi lapan.

Permukaan pavilion tersebut mempunyai lukisan cerita legenda tujuh bidadari dan dewa gunung.

Pada bula Mei setiap tahun, Festival Chilseonyeo diadakan di sini.



7- Jeongbang Waterfall


Jeongbang Waterfall | Imej oleh: Kaylyn Mok

Air terjun ini pula merupakan satu-satunya air terjun di Korea yang mengalir terus ke laut.

Lokasi ini begitu menarik dikunjungi pada musim luruh kerana pemandangannya dipilih sebagai salah satu daripada Sepuluh Pemandangan Indah Yeongju dan dikatakan perkataan ‘Seobulgwacha’ terukir di tebing air terjun ini.



Di sini turut mempunyai kisah legenda tentang seorang lelaki yang bernama Seobul yang datang untuk mencari tumbuhan elixir suatu masa dahulu.

8- Udo Island



Udo Island | Imej oleh: David Foo

Perjalanan dengan menaiki feri selama 15 minit dari Seongsan Port bakal membawa anda ke sebuah pulau kecil yang cukup menarik.

Pulau ini kaya dengan keindahan pantainya seperti Seobin Baksa (Popcorn Beach), Hagosudong Beach dan Geommeolle Beach.


Pulau Udo | Imej oleh: 김영삼

Antara aktiviti lain yang ditawarkan adalah menunggang basikal, ATV dan menjelajah menggunakan bas. Seharian di sini pasti menenangkan!



9- Manjanggul Cave




Manjanggul Cave merupakan destinasi yang menempatkan terowong lava paling menarik dan terbesar di dunia yang terbentuk sejak 2.5 juta tahun dulu.

Tiub lava ini sepanjang 7.4 kilometer dan hanya dibuka sepanjang 1 kilometer buat pelancong.



Manakala tiang lava yang terletak di hujung kawasan pelancongan adalah sekitar 7.6 meter tinggi dan menjadi tiang lava tertinggi di dunia.

Di sini terdapat formasi stalaktit, stalagmit, batu alir, tiub lava, rak lava dan rakit lava. Anda dinasihatkan untuk membawa baju sejuk dan memakai kasut yang sesuai.


10 - Songeup Folk Village




Ingin merasai kehidupan Pulau Jeju di era tahun 50an? Jom berkunjung ke Songeup Folk Village yang kaya dengan budaya unik ini.



Di sini anda dapat melihat pagar rumah yang dibina menggunakan batu larva dan juga batu hitam daripada gunung berapi yang dijadikan sebagai hiasan di setiap rumah.

Selain mempunyai binaan lama seperti pejabat kerajaan purba dan monumen batu anda boleh melihat permainan rakyat, makanan tradisi, kaedah pertukangan dan pokok warisan yang berusia ratusan tahun.


Banyak lagi tau...nanti kita sambung.......




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.168262 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list