CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3581|Reply: 0

[Terengganu] Pelajar Malaysia muncul pendebat bahasa Arab terbaik dunia

[Copy link]
Post time 6-9-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Amzar Izzuddin (dua kiri) di nobatkan Pendebat terbaik Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Peringkat Antarabangsa 2023 dan Abdul Muizz (kanan sekali) sebagai pendebat kedua terbaik. - Foto FB Wan Azlan Wan Ahmad

KUALA TERENGGANU: Pendebat Malaysia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan diumumkan sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar, kelmarin.

Turut cemerlang pertandingan edisi keenam itu rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanulddin yang meraih pendebat kedua terbaik.

Dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu itu berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Kejayaan dua pendebat kategori bukan penutur jati bahasa Arab itu secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan negara yang tidak berjaya ke pentas final selepas tumpas kepada pendebat Bahrain pada pusingan ketiga.


Amzar Izzuddin (kiri) di nobatkan Pendebat terbaik Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Peringkat Antarabangsa 2023 dan Abdul Muizz (kanan) sebagai pendebat kedua terbaik. - Foto FB Wan Azlan Wan Ahmad

Selain dua pelajar SMAASZA itu, turut berada dalam senarai pendebat negara adalah pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa. Mereka dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni.

"Kejayaan ini adalah yang tertinggi di pentas antarabangsa, saya tidak menyangka dinobatkan pendebat nombor satu dunia, lagipun saya bukan orang Arab, apa-apapun syukur Alhamdulillah.

"Kejayaan ini juga membuktikan anak Malaysia juga mampu menggegar dunia walaupun bukan penutur jati dalam bahasa Arab," kata Wan Amzar Izzuddin.

Rakannya, Abdul Muizz berkata, kejayaan itu membuktikan pelajar dari Malaysia juga mampu menguasai dengan baik bahasa asing walaupun bukan penutur jati.

Sementara itu Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang turut sama mengiringi pendebat merakam penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi menjayakan perjalanan pendebat negara.



Peserta dari Malaysia dalam Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah Peringkat Antarabangsa 2023 di Doha, Qatar

https://www.bharian.com.my/berit ... -arab-terbaik-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.564528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list